Kalau bukan kerana Ahmad C, kita takkan kenal P Ramlee


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


AHMAD C : BESAR JASANYA KEPADA P.RAMLEE


Kalau tidak kerana jasa Ahmad C, kemungkinan P.Ramlee tidak lahir sebagai seorang seniman besar negara. Begitulah kisah yang pernah diceritakan oleh seorang wartawan senior suatu masa dulu.

Ahmad C atau nama sebenarnya Mohamad bin Abdul Hamid memulakan kerjayanya di Studio Jalan Ampas pada tahun 1947 selepas 6 bulan studio itu ditubuhkan. Tugas awalnya sebagai buruh kasar dan kemudian barulah beliau diberi peluang menjadi pelakon tambahan seterusnya pelakon pembantu yang sangat diingati.

Ahmad C pelakon pembantu terbaik

Ahmad C adalah individu yang menemui bakat P.Ramlee ketika menyanyi di pentas Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tahun 1947. Ketika itu Ahmad C menemani pengarah B.S Rajhans yang dihantar oleh pihak studio untuk hadir bagi mencari bakat-bakat baharu. Ahmad C meminta pengarah B.S Rajhans untuk mengambil P.Ramlee sebagai penyanyi di Jalan Ampas. Pengarah B.S Rajhans telah menulis satu nota dan diberikan kepada Ahmad C untuk disampaikan kepada P.Ramlee di belakang pentas. Nota itu mengandungi tujuan menawarkan P.Ramlee untuk ke Jalan Ampas. Itulah buat kali pertama Ahmad C bersua muka dan bersalaman dengan P.Ramlee.

Rupa-rupanya orang yang aku temui itu mempunyai bakat seni yang sungguh besar, begitulah kata-kata yang pernah keluar dari mulut Ahmad C. P.Ramlee dengan Ahmad C mempunyai satu pertalian persahabatan yang sangat erat. Hubungan kedua-duanya tak ubah seperti abang dan adik. Tetapi dalam apa pun keadaan P.Ramlee akan menjadi ketua dan Ahmad C sentiasa menjadi pengikut yang setia.

Setelah P.Ramlee dilantik menjadi pengarah beliau tidak pernah melupakan sahabatnya itu. Menerusi filem pertama arahannya Penarek Becha pada tahun 1955, P.Ramlee mengambil Ahmad C berlakon sebagai salah seorang penarik beca dalam filem berkenaan. Antara filem-filem lain arahan P.Ramlee yang turut menampilkan Ahmad C seperti Semerah Padi, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Musang Berjanggut, Labu Labi, Nasib Si Labu Labi dan yang paling diingati sudah semestinya Ibu Mertua Ku.

P.Ramlee juga telah memberi pengiktirafan kepada bakat Ahmad C dengan melantik beliau sebagai salah seorang ahli kumpulan Pancha Sitara. Sepanjang penglibatan Ahmad C dalam bidang seni beliau telah berlakon lebih dari 60 buah filem di Studio Jalan Ampas.

Ahmad C menghembuskan nafas terakhir pada 14 Januari 2010 di usia 78 tahun akibat penyakit jantung. Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kota Tinggi, Johor.

Ahmad C dalam kenangan

Sumber :

Majallah Filem keluaran istimewa Mac/April 1961

Gagak Di- Rimba - Abdullah Hussain

Sinema Malaysia

Aimi Jarr

VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 ulasan :

  1. Mendapatkan PERKHIDMATAN HACKING TERBAIK! ️
    Isu SCAM berleluasa hari ini di internet. Orang tidak lagi mempercayai iklan yang mereka lihat di laman web terutama dalam komen.
                               Tetapi
        COPE TECHS adalah sebuah organisasi yang anda boleh percaya ketika datang ke PERKHIDMATAN HACKING. Perkhidmatan Hacking kami adalah untuk membantu individu dan bukan untuk tujuan pencurian.

       Berikut adalah senarai PERKHIDMATAN HACKING yang boleh kami tawarkan kepada anda-:
      ▪Penghargaan Sokongan Kewangan 💵💶 melalui Bitcoin Mining ⛏ ⚒process dan membiayainya ke akaun paypal jika perlu.
    ▪Helphone 📲 & Hacks Komputer
    ▪kelanggan e-mel & Akaun Media Sosial
    ▪ Pengkelasan Gred & Skor Kredit ️
    ▪Kesetisan kelemahan dan peningkatan FireWall dan banyak lagi.
    Hacks kami adalah Gembir dan sentiasa bersedia untuk menggodam anda, pada bila-bila masa, pada bila-bila masa.

    Sekiranya anda memerlukan bantuan atau Perkhidmatan Peretasan, sila hubungi kami melalui talian Selamat kami. Perkhidmatan kami kepada anda akan tersembunyi dan tidak ada alasan untuk didedahkan kepada orang lain. Anda ada perkataan kami.
    Panggilan, mel suara dan teks semuanya diterima.
    Hubungi-: +1 (808) 600 0773
    E-mel-: copetechs@gmail.com

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.