Rumah nombor 10, Rillington Place bongkar kekejaman John Reginald Christie


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Rumah nombor 10, Rillington Place, di Notting Hill, London terbiar tanpa ada sesiapa yang sanggup menyewanya ekoran sejarah hitam yang tersimpan didalam rumah tersebut.


Tujuh pembunuhan berlaku di rumah itu, semua magsa adalah wanita akibat kekejaman seorang lelaki, John Reginald Christie atau Reg. Setelah membunuh mangsanya, Reg menanam mayat mereka sekitar rumah sewanya itu. Apa yang lebih malang, suami salah seorang mangsanya dihukum gantung oleh mahkamah selepas dituduh membunuh isterinya.

Kekejaman Reg hanya terbongkar selepas penyewa baru rumah itu mengalami pelbagai keadaan menakutkan, termasuk bau busuk yang menggangu mereka.

Reg

Penyewa itu mengesyaki bau yang mengganggunya adalah bangkai tikus, lalu ia menggeledah setiap ruang tapi pada suatu sudut menemui kaki manusia yang telah reput.

Setelah polis menyelongkar seluruh kawasan rumah, kesemua mayat ditemui. Gerakan mengesan Reg dilakukan secara besar-besaran di seluruh kota London. Kecekapan seorang anggota polis mengakhiri kelicikan Reg.

Reg mengalami yang mengalami masalah kesihatan dan mental ketika ditahan sedang bersandar pada tiang jambatan Putney. Pada awalnya Reg seperti hampir berjaya memperdayakan anggota polis itu, tetapi kecekapan dan ketangkasannya membuatkan Reg mengaku kalah.

Pada 22 Jun 1953, perbicaraan Reg bermula di Mahkamah Old Bailey. Dia dituduh melakukan tujuh pembunuhan, termasuk membunuh isterinya, Ethel. Peguambela, John Scott memhon mahkamah memberi pertimbangan kerana katanya, Reg tidak siuman.

Alasan itu ditolak, lalu Reg dijatuhi hukuman mati setelah para juri mengambil masa satu jam dua minit membuat keputusan. Hakim menyifatkan Reg sebagai penjenayah yang menggemparkan England dekad itu.

Reg berasal daripada keluarga kaya. Ayahnya pereka permaidani dari Halifax sementara ibunya seorang aktres. Di zaman kanak-kanaknya, Reg selalu menimbulkan masalah kepada keluarganya. Dia gemar bersendirian dan tempat paling gemar dikunjunginya ialah tanah perkuburan.

Di sekolah Reg aktif dalam pasukan pengakap dan menjadi salah seorang anggota koir. Perangainya yang tidak digemari rakan sekolah menyebabkan dia kerap dipinggirkan. Menjelang remaja sikapnya berkatmbah aneh. Beberapa kali dia keluar masuk penjara kerana melakukan jenayah kecilan seperti pecah rumah, mencuri. Dia juga pernah dipenjara dalam tempoh agak lama selepas didapati bersalah melesapkan wang pelanggan semasa bekerja di pejabat pos.

Ketika itu dia baru sahaja berkahwin dengan Ethel Waddington setelah menamatkan perkhidmatan dalam tentera pada 1919. Sekalipun sudah beristeri, Reg menghabiskan banyak masanya berfoya dengan pelacur kelas endah. Tabuat buruknya itu membuatkan Ethel kecewa dan rumah tangga mereka beberapa kali goyah.

Reg bersama isterinya, Ethel

Ethel turut menjadi mangsa
kekejaman Reg


Reg meninggalkan Ethel di Halifax lalu berpindah ke London . Di bandar raya itu, dia semakin liar dalam banyak jenayah termasuk melakukan kekerasan ke atas seorang pelacur. Akibatnya dia sekali lagi dipenjarakan.

Kesunyian di dalam tahanan mendorong  Reg menulis surat kepada Ethel dan buat pertama kali dalam tempoh sembilan tahun, dia merayu agar Ethel kembali ke pangkuannya.

Sebaik Reg dibebaskan pada 1938 Ethel kembali kepadanya. Di London, mereka tinggal di nombor 10 Rillington Place, Reg bekerja sebagai konstable khas dalam pasukan polis simpanan.

Suatu hari Ethel menziarahi saudaranya di Sheffield. Semasa ketiadaan isterinya, Reg membawa pulang Ruth Furest, seorang jururawat yang juga pelacur sambilan. Reg membunuh Ruth dengan menjerut lehernya.

Reg menyembunyikan mayat Ruth di bawah timbunan sampah. Khuatir kalau-kalau diketahui orang, dua hari kemudian, Reg mengali lubang di belakang rumahnya. Ada orang nampak dia menggali lubang itu, tetapi tidak ada siapa bertanya atau syak sesuatu yang buruk telah berlaku. Ruth kemudian ditanam di lubang itu dan rahsia kematiannya turut berkubur.

Selepas berhenti dari pasukan polis simpanan, Reg bekerja di kilang membuat radio. Di situ dia berkenalan dengan Mureil Eady, 31. Setelah perkenalan mereka bertambah intim, Reg mengajak Muriel ke rumahnya.

Mureil dirogol dan kemudian dicekik sehingga mati. Dengan berhati-hati, Reg menanam mayat Muriel bersebelahan dengan Ruth. Dua pembunuhan yang dilakukan oleh Reg lenyap daripada pengetahuan pihak berkuasa beberapa lama.

Pada 1948, Reg mendapat jiran baru apabila Timothy, isterinya Beryl Evans bersama anak kecil mereka berusia 14 bulan menyewa bahagian atas rumah itu. Ketika itu, Beryl sedang mengandung anak kedua dan berhasrat untuk menggugurkannya atas alasan gaji suaminya, Timothy terlalu kecil.

Reg mendakwa dapat melakukan penguguran. Malang sungguh nasib Beryl apabila ditemui mati pada hari Reg dijangka melakukan pengguran itu. Tiada siapa tahu punca kematiannya.

Mayat Beryl dan anaknya berusia 14 bulan ditemui polis disembunyikan dalam bilik cucian yang berkunci. Timothy cukup marah apabila mengetahui anak dan isterinya dibunuh lalu menuduh Reg melakukannya. Dia melaporkan kepada polis tentang kegagalan Reg melakukan pengguguran ke atas kandungan isterinya yang menyebabkan kematian Beryl.

Sebagai penjenayah berpengalaman, Reg bertindak lebih bijak dan berjaya meyakinkan mahkamah dia tidak bersalah. Katanya, Beryl mati akibat keguguran dan bukan kerana melakukan pengguguran seperti dakwaan Timothy.

Mahkamah membuat keputusan Beryl matu keguguran, sebaliknya Timothy pula dituduh membunuh anaknya yang berusia 14 bulan. Pada Mac 1950, Timothy menemui ajalnya di tali gantung setelah mahkamah memutuskan dia bersalah.

Reg sedikitpun tiada merasa kesal dengan apa yang dilakukannya. Keseronokan membunuh menyebabkan Reg menjadikan isterinya sebagai mangsa. Mayat Ethel disembunyikan di bawah lantai rumahnya selepas lehernya dijerut.

Sejak kematian Ethel kehidupan Reg sengsara, Selain usia yang meningkat, dia kehilangan tempat bergantung. Kerap diserang sakit, Reg bagaimanapun tidak berhenti mabuk dan kalau berkesempatan terus menlanggani pelacur.

Suatu hari dia berjaya memujuk Kathleen Maloney, 26, seorang kaki botol bertandang kerumahnya. Seperti mangsa lain, Kathleen dirogol sebelum lehernya dijerut. Mayat wanita itu disembunyikan dalam almari di sebuah bilik.

Rita Nelson,25, seorang pelacur adalah magsa Reg yang seterusnya. Mangsa terakhir ialah Hectorina Mclennan. Seolah-olah puas dengan jenayah yang dilakukan. Reg meninggalkan Rillington Place untuk meneruskan hidupnya yang semakin melarat.

Kekejaman Reg terbongkar apabila rumah 10 Rillington itu disewa oleh penghuni baru, Reg meneruskan hidupnya dalam keadaan papa kedana, Ketika itulah dia ditemui polis tersandar di jambatan Putney.

Reg menjalani hukuman gantung sampai mati di Penajara Pentobille pada 15 Julai 1953. Hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukannya.

Sehingga 1966, kematian Beryl yang dikatakan berpunca daripada keguguran dan suaminya Timothy yang dihukum gantung atas tuduhan membunuhnya tidak henti-henti diperkatakan.

Atas rasa bersalah, pihak berkuasa mengambil keputusan memohon pengampunan diraja untuk Timothy. Mayatnya kemudian dipindahkan dari penjara dan dikebumikan secara terhormat di tanah perkuburan pilihan keluarganya.

Sementara Reg mengambil tempat Timothy di Penjara Pentonville.

Gambar :



Polis membawa keluar mayat mangsa

Lokasi penemuan mangsa-mangsa
 pembunuhan


Rumah Nombor 10 Rellington Place
menyimpan kisah tragis pembunuhan kejam


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.