Misteri peti besi Istana Jugra, apa yang ada didalamnya?

Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Untuk carian produk Muslim
sila masukkan carian anda di bawah


MAC 1999

Raja Kassim Raja Jaafar, adalah pemegang amanah sebuah peti besi milik Sultan Abdul Samad - sultan keempat negeri Selangor. Peti yang diperbuat besi padu berukuran setengah meter lebar dan satu meter panjang itu disimpan dalam bilik khas di rumahnya.

Menurut Raja Kassim atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ungku peti itu menyimpan 1001 rahsia. Yang menakjubkan, ia tidak berkunci, tetapi sukar dibuka.



Kira-kira 50 tahun yang lalu, penduduk Bukit Jugra gempar dengan kisah seorang lelaki yang digelar dengan nama "Mat" yang diganggu setelah duduk diatas peti besi yang disimpan didalam salah sebuah bilik istana lama Jugra. Alkisahnya, Mat memang seorang kaki memburu di kawasan Bukit Jugra dan kerap singgah masuk ke Istana Lama (Istana Sidang Masa) untuk menghilangkan penat. Namun pada hari kejadian, entah kenapa Mat begitu berani menjengah ke setiap bilik istana lama tersebut dan terlihat sebuah peti besi berwarna hitam didalam salah sebuah bilik.

Mat begitu berani mengetuk peti besi tersebut sehingga bunyi gema ketukan kedengaran sehingga ke luar istana. Orang-orang lama disekitar ada menceritakan bahawa peti besi itu ada penunggu yang menjaganya dan "keras" .

Mat begitu teruja, sehingga berani duduk diatas peti besi tersebut untuk menguji sejauh mana "keras"nya. Sebaik sahaja penggungnya mencecah permukaan peti, seluruh badannya tiba-tiba berubah menjadi hitam legam. Seluruh anggotanya terasa longlai dan akhirnya Mat terjelepuk jatuh.

Mat menyesal atas kesombongannya dan bulu romanya menegak apabila terdengar suara seperti mentertawakannya. Mat mengesot badannya untuk keluar daripada istana itu sehingga sampai ke halaman istana.

Mat ditemui orang ramai terbaring dan selepas itu kesihatannya mulai merosot walaupun doktor yang merawat gagal menemui punca kerana pada zahirnya Mat nampak tidak sakit tetapi hakikatnya badannya begitu lemah. Tiga bulan selepas itu, Mat Akhirnya meninggal dunia.

Walaupun ia berlaku kira-kira 50 tahun yang lalu, saya masih ingat benar akan kisahnya.
Saya nampak Mat mengesot turun dari Bukit Jugra dalam keadaan kulitnya hitam legam. dia merintih dan meracau-racau. Antara yang diracaunya ialah perbuatan duduk di atas peti besi itu- Pak Ungku

Pak Ungku


Pak Ungku telah diamanahkan untuk menjaga peti besi itu oleh ibu tirinya. Sejak daripada itu, beliau kerap ke istana lama itu untuk memastikan "keselamatannya". Namun demikian, ada pihak yang menceroboh kedalam Istana dan melakukan upacara pemujaan seperti mendapatkan nombor ekor dan lain-lain tujuan menggunakan khidmat bomoh.

Walaupun ditegur, tetapi mereka sangat degil bahkan menengking sesiapa yang menghalang perbuatan syirik yang dilakukan. Kerana tidak tahan, Pak Ungku mengambil keputusan untuk tidak lagi menjaga peti besi tersebut.

Peti besi Istana Jugra dibawah jagaan Pak Ungku

Istana lama tersebut semakin hari semakin ramai yang datang berkunjung bahkan kaki nombor ekor semakin liar menjalan kerja-kerja syirik. Salah seorang saudara tua menasihatkan Paku Ungku untuk mengunci pintu utama istana tersebut.

Walau bagaimanapun, masih terdapat pihak yang begitu berani memecah pintu istana untuk masuk kedalamnya. Akhirnya Pak Ungku mengambil keputusan untuk membawa dan menyimpan peti besi tersebut ke rumahnya yang tidak jauh dari istana.

Pak Ungku turut menceritakan perihal seorang perempuan yang begitu ghairah mahu melihat isi didalam peti besi tersebut walaupun dilarang, perempuan tersebut tetap mahu membuka dan akhirnya dia "tergamam" setelah melihat apa yang ada didalam peti besi tersebut dan terus meninggalkan rumah Pak Ungku.

Pak Ungku menceritakan lagi, beliau diberitahu perempuan tersebut meracau-racau dan habis semua pakaiannya ditanggalkan. Pak Ungku begitu kesal dan marah kerana beliau dapat merasakan apa yang menimpa perempuan tersebut asbab kerana ingkar dan melanggar pantang mahu melihat isi didalam peti tersebut.

Peti besi tersebut pernah dibawa dan dipamerkan oleh pihak Muzium Negara tetapi yang menghairankan hanya sempat sembilan hari sahaja dipamerkan. Pelbagai peristiwa aneh menimpa kakitangan muzium sepanjang tempoh tersebut.

Pak Ungku sendiri hairan bagaimana pihak Muzium membawa keluar peti besi tersebut keluar daripada Bukit Jugra walhal itu sudah dikira "melanggar pantang" dan apabila pihak muzium hendak memulangkan semula peti besi tersebut, Pak Ungku melihatnya sendiri, mereka terpaksa mengguna kren.

Istana Bukit Jugra


Sehingga ke hari ini tiada siapa yang tahu apa yang sebenarnya terdapat didalam peti besi tersebut dan terus meninggalkan misteri kepada generasi yang berikutnya.




Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.