Dr Burhanuddin Helmi, tokoh aliran kiri dihormati dirantau Asia


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Dalam gambar ini, pejuang kemerdekaan Malaya, Dr. Burhanuddin sedang berjabat tangan dengan pejuang kemerdekaan India, Jawaharlal Nehru semasa Persidangan Perhubungan Asia di New Delhi pada tahun 1947.


Dr. Burhanuddin Helmi, seorang pemimpin politik aliran kiri telah dilahirkan dalam sebuah keluarga tani di Changkat Tualang, Perak pada 29 Ogos 1911.

Bapanya, Haji Muhammad Noor berasal dari Sumatera, dikatakan dari keturunan bangsawan. Dr. Burhanuddin menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Baharu, Perak.

Pada tahun 1928, beliau melanjutkan pelajarannya ke Ismailiah Medical College New Delhi, India dalam bidang homeopati. Semasa dalam perantauan di negara orang inilah Dr. Burhanuddin banyak belajar dan telah didedahkan dengan perjuangan Mahatma Gandhi menuntut pembebasan India daripada penjajahan British.

Dr. Burhanuddin Helmi merupakan Yang Di Pertua PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) yang kedua dan kemudiannya dilantik menjadi Penasihat Agong PKMM dalam tahun 1948.

Yang Di Pertua PKMM yang pertama pada tahun 1945 ialah Mokhtaruddin Lasso. Yang Di Pertua PKMM yang ketiga menggantikan Dr. Burhanuddin ialah Ishak Haji Muhammad.

Pada tahun 1947, Dr. Burhanuddin telah mewakili Malaya dalam Persidangan Perhubungan Asia di New Delhi.

Sumber gambar: Nehru Memorial Museum and Library

VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.