Cerita sebelum Malaysia terbentuk, gerakan negara Kalimantan Utara

Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Untuk carian produk Muslim
sila masukkan carian anda di bawah


Sebelum Sarawak dan Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura untuk membentuk Persekutuan Malaysia, telah wujud sebuah gerakan kemerdekaan untuk sebuah negara Kesatuan Kalimantan Utara (Federation of North Kalimantan) yang menggabungkan Brunei, Sarawak dan Borneo Utara (Sabah).


Gerakan yang dipelopori Parti Rakyat Brunei ini telah membantah dan menolak rancangan pembentukan Malaysia yang diusulkan oleh Tunku Abdul Rahman yang dipersetujui oleh penjajah British.

Menurut artikel dalam The Straits Times bertarikh 24 September 1962 ini:

"It is absolutely false to say that the Party Rakyat Brunei is now isolated in the fight against Malaysia. There is considerable support for the Party Rakyat both in Sarawak and North Borneo. The anti-Malaysia fight will continue in all the three territories." 

("Adalah tidak benar untuk mengatakan bahawa Parti Rakyat Brunei hanya sendirian dalam perjuangan mereka menentang penubuhan Malaysia. Terdapat sokongan yang cukup besar untuk Parti Rakyat daripada Sarawak dan Borneo Utara (Sabah). Perjuangan anti-Malaysia akan diteruskan di ketiga-tiga wilayah ini.")

Sumber: Akhbar The Straits Times, 24 Sept 1962


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.