Aisberg terbesar dunia sedang bergerak, pulau ais terbesar bakal muncul

Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Untuk carian produk Muslim
sila masukkan carian anda di bawah



CARDIFF - Aisberg terbesar di dunia seberat lebih satu trilion tan kini sedang bergerak.

Bongkah ais gergasi A68 dikatakan sedang bergerak di sepanjang Semenanjung Antartik seperti yang dilihat daripada animasi satelit dari Program Copernicus dan Agensi Angkasa Eropah.

Pergerakan itu berlaku selepas ia terpisah daripada Pentas Ais Larsen C di Antartik pada Julai 2017.

Gambar animasi diambil daripada satelit Sentinel-1 dikongsi ahli glasiologi dan profesor di Swanesa University di Wales, Adrian Luckman menunjukkan aisberg berukuran 5,800 kilometer persegi tersebut berputar hampir 270 darjah.

Ukurannya bersamaan saiz negeri Delaware di Amerika Syarikat empat kali ganda lebih besar daripada saiz Greater London dan isi padunya adalah dua kali ganda lebih besar daripada Tasik Erie di Amerika Utara.

"Aisberg itu telah bergerak di sekitar Laut Weddell dan kini bergerak ke utara di sepanjang Semenanjung White Continent.

"Untuk sebuah objek seberat kira-kira satu trilion tan, aisberg A68 agak aktif. Selama setahun ia berada hampir dengan pentas ais induknya. Pada pertengahan 2018, ia mula bergerak di Weddell Gyre, arus laut yang mengikut arah jam sejauh 250 kilometer ke utara," jelasnya.

Menurut Luckman, A68 dikhuatiri menjadi 'pulau ais' terbesar di dunia.

Sebelum ini, A68 kekal tidak bergerak di Bawden Ice Rise sebuah dasar laut yang cetek berhampiran pentas ais Larsen selama lebih setahun sebelum ia berputar dan terapung.

Ketika pertama kali fenomena pemisahan itu berlaku, saintis menjangkakan aisberg tersebut akan pecah dan hancur, namun ia tetap utuh.

Rekod satelit untuk A68 mencadangkan ia adalah aisberg keenam terbesar yang kini terapung di lautan. - Agensi

Link asal : https://www.sinarharian.com.my/article/37655/GLOBAL/Aisberg-terbesar-di-dunia-sedang-bergerak

Dunia semakin panas, pemanasan iklim dunia menjadi isu "dingin" negara maju.



Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.