Lahar Vesuvius lenyapkan Pompeii dari peta dunia

Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Untuk carian produk Muslim
sila masukkan carian anda di bawah


Pada 24 Ogos 79 Masihi - 1,940 tahun yang silamn penduduk tiga bandar di kaki Gunung Vesuvius di Teluk Naples, Itali menjadi gempar apabila secara tiba-tiba gunung itu mengeluarkan asap.

Kepulan asap yang semakin lama semakin tebal itu memaksa penduduk Pompeii, Herculaneum dan Stabiae lari lintang pukang menyelamatkan diri. Bagaimanapun, keyika mereka bertempiaran lari, satu letupan kedengaran dari gunung tersebut.


Seiring dengan itu, lahar yang merah dan panas membara  membuak keluar. Ia memancut tinggu ke udara sebelum jatuh ke tanah semula dan mengalir pantas menuruni lereng gunung berkenaan.

Debu dan batu kelikir berterbangan menutup setiap ruang di udara ketiga-tiga bandar. Keadaan serta merta menjadi gelap-gelita.

Sementara itu aliran lahar panas pula mengalir ke arah ketiga-tiga buah bandar berkenaan, membakar segala yang menghalang laluannya.

Pohon yang segar layu dan terbakar seperti daun kering yang dimkaan api apabila terkena kepanasan lahar. Penduduk-penduduk pula lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Suasana ketiga-tiga bandar yang sebelumnya tenag menjadi kelam-kabut. Suara jeritan penduduk meminta pertolongan bercampur-baur dengan bunyi aliran lahar panas.

Mereka berlumba-lumba ke tempat tinggi untuk menyelamatkan diri daripada rempuhan ganas lahar berkenaan. Orang tua, wanita dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri akhirnya menggelupur serta menjerit kesakitan sebaik saja lahar panas menyentuh tubuh mereka.

Tetapi suara jeritan mereka kemudian senyap begitu sahaja. Tiada apa yang boleh menyelamatkan mereka lagi. Semuanya mati kepanasan dan dibawa arus lahar panas membara.

Keadaan mayat yang di temui di bandar Pompeii

Yang berada di kawasan tinggi juga tidak selamat. Gas beracun yang dihasilkan oleh letusan gunung berapi Vesuvius telah memenuhi segenap ruang angkasa memebunuh mereka seorang demi seorang.

Selepas puas "mengamuk" akhirnya limpahan lahar Vesuvius yang setebal empat meter menenggelamkan kawasan sekitarnya. Yang kelihatan hanyalah bumbung bangunan yang tinggi serta pucuk-pucuk tumbuhan yang kering dan hangus.

Lama-kelamaan lahar yang panas membara itu sejuk dan menjadi keras. Di dalamnya berkuburlah semua penghuni ketiga-tiga bandar. Tragedi itu telah melenyapkan bandar Pompeii dari peta dunia, begitu juga dengan Herculaneum dan stabiae.

Masa terus berlalu, bandar Pompeii dilupakan sehingga namanya tidak pernah tercatat dalam sejarah. Malah lokasinya juga tidak pernah diketahui sehingalah menjelang tahun 1595.

Pada tahun itu segala-galanya terbongkar apabila sekumpulan penggali menemui beribu mayat di bandar Pompeii.

Mayat tersebut masih dalam keadaan sempurna, iaitu tidak reput. Ini berlaku kerana lahar sejuk yang telah keras yang menyelaputi mayat-mayat berkenaan bertindak sebagai pengawet.

Keadaan sebahagian besar mayat amat menyedihkan. Ada yang dalam keadaan mengiring dengan mulut ternganga. Ada juga menemui maut dalam keadaan merangkak dan tidak kurang juga yang berpelukan antara satu sama lain seperti ketakutan. Sejumlah mayat lagi yang ditemui seolah-olah berpaut pada batang pokok dan dinding bangunan. Kesemua mayat itu menceritakan bagaimana dahsyat dan peritnya mereka ketika menemui ajal.

Oleh kerana cerita malang itu telah berlaku begitu lama, tiada siapa yang dapat memberikan bilangan sebenar penduduk ketiga-tiga bandar itu yang terbunuh.

Yang ditemui adalah lebih 2000 mayat, tetapi itu di Pompeii sahaja. Bermakna jumlah yang terbunuh adalah jauh lebih besar jika dicampur dengan bilangan penduduk Herculaneum dan stabiae.

Mayat-mayat dan bangkai haiwan itulah yang menceritakan apa yang berlaku kira-kiran 1500 tahun lalu semasa tragedi letusan gunung berapi Vesuvius.

Selain mayat, turut ditemui beberapa artifak seperti pinggan mangkuk serta kesan-kesan bangunan yang menunjukkan adanya tamadun manusia di situ. Ia dipercayai kesan runtuhan bandar Pompeii.

Tragedi letupan gunung berapi Vesuvius yang begitu tragis menarik minat seorang pelukis Perancis, Jacques Antoine Volaire. Beliau yang hidup pada abad ke 18 telah menggambarkan kejadian itu di atas kanvasnya.

Hari ini, menurut kajian, gunung Vesuvius masih lagi aktif. Kadangkala asap kelihatan berkepul-kepul keluar daripada puncaknya dan sesekali amat menakutkan penduduk berdekatan.

Vesuvius


Bagaimanapun pelbagai amaran dan cara menahan gunung berapi itu dari meletus dilakukan dari semasa ke semasa. Mungkinkah ia akan meletus dilakukan dari semasa ke semasa. Mungkinkah ia akan meletus lagi? Dan jika berlaku, adakah letusan itu setanding dengan kejadian pada 24 Ogos 79 masihi?



Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.