Sokong bisness Asam dan Jeruk Siti Hajar, usahawan Kampus Universiti Malaya

Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Untuk carian produk Muslim
sila masukkan carian anda di bawah


Siti Hajar Abdul Wahab, bangkit dari kemiskinan untuk bergelar usahawan.

Pelajar jurusan Pendidikan Islam ini memulakan perniagaan secara online dan offline iaitu menjual pakaian t-shirt muslimah menggunakan nama Hajar El-Aswad serta membuka gerai asam dan jeruk di Akademi Pengajian Islam.



Asam dan jeruk serta makanan ringan yang dijual Hajar

Melihat kebanyakan rakan-rakan yang lain ada ‘bantuan’ kewangan, sebaliknya Hajar sejak semester 1 lagi tidak mendapat bantuan kewangan dari PTPTN kerana kesilapannya mengisi borang. Malah dia juga pernah memohon biasiswa dari KPM dan Lok Yew, namun gagal walaupun mendapat keputusan cemerlang semasa Asasi.

“Bermula dari situ saya ambil langkah untuk cari pendapatan sampingan kerana mak dan ayah hanya kerja penoreh getah. Saya sendiri pernah tolong mereka menoreh getah dan mengutip getah skrap setiap kali cuti semester. Jadi saya tahu susahnya nak dapatkan duit.

Produk Hajar mendapat permintaan di kalangan mahasiswa UM


Jeruk dan Asam yang dijual Siti Hajar

Sememangnya minat berniaga timbul sejak di sekolah menengah lagi. Ketika alam persekolahan, Hajar pernah berniaga char kuey teow, ais krim pulut dan macam-macam lagi untuk peroleh duit poket.

Alamat kedai . Akademi pengajian islam universiti Malaya.

Anda boleh hubungi Siti Hajar di talian 0194368011 atau terus WhatsApp 



Siti Hajar





Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.