Pembunuhan kejam Allahyarham Kassim bin Omar oleh pelampau Cauvinis

Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Untuk carian produk Muslim
sila masukkan carian anda di bawah


Pembunuhan kejam Allahyarham Kassim bin Omar oleh pelampau Cauvinis


Satu peristiwa telah berlaku pada 24 April 1969, iaitu kira-kira dua minggu sebelum hari mengundi. Pada kira-kira jam 8.30 malam itu, seorang pekerja pilihan raya UMNO bernama Encik Kassim Omar yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya telah melihat beberapa orang berkumpul di kawasan Jelutung, Pulau Pinang.

Beliau telah memberhentikan motorsikal yang sedang dinaikinya untuk melihat dan bertanya kerana pada fikirannya satu kemalangan telah berlaku. Ketika itu juga beliau telah diserang oleh kumpulan yang ada di situ dan beliau telah dibunuh dengan kejamnya dan perbuatan mereka itu merupakan satu pembunuhan yang disengajakan.

Pembunuhnya ialah pemuda-pemuda Parti Buruh yang terdiri dari pelampau-pelampau Cauvinis. Mayat beliau telah dilumur dengan cat merah yang digunakan oleh pelampau-pelampau itu untuk mengecat perkataan "Jangan mengundi dalam pilihan raya."

- 13 May - Before & After by Tunku Abdul Rahman.


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.