Digelar Uthman bin Affan Palestin, jutawan yang memilih mati syahid

Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Untuk carian produk Muslim
sila masukkan carian anda di bawah


JUTAWAN ISLAM PILIH AKHIRAT 

Uthman bin Affan Palestin akhirnya maut di tangan rejim Zionis


MENJELANG waktu ifthar hari ketiga Ramadan ini, saya suka untuk berkongsi kisah seorang pemuda yang bernama Hamed Al-Khudari, 34 tahun.

Hamed ini adalah pemuda yang disebut namanya dan diancam bunuh oleh bekas Menteri Perang Israel sendiri iaitu Avigdor Lieberman.

Puncanya?

Beliau inilah yang membawa masuk wang untuk pejuang di Palestin dalam kuantiti yang besar melalui syarikat pengurup wangnya, sehinggakan digelar sebagai Uthman bin Affan Palestin.

Walaupun bergelar jutawan dengan pelbagai bisnes, beliau yang juga seorang pemimpin dalam Briged Izzuddin Al-Qassam memilih untuk kaya di akhirat berbanding hidup senang-lenang di dunia.

Pernah suatu ketika, Zionis cuba memusnahkan reputasi dan mengganggunya dengan menghantar SMS kepada puluhan penduduk sebuah kawasan menyuruh mereka pergi ke kedainya untuk menerima bantuan sebanyak RM100 setiap seorang.

Sebaliknya yang berlaku, Hamed terus memberikan setiap daripada mereka wang yang disebutkan tanpa berlengah, sehingga menyebabkan Zionis bingung.

Hamed dibunuh dalam serangan terakhir Zionis ke atas Gaza, pada hari Ahad apabila kereta yang beliau pandu diserang dengan peluru berpandu daripada dron tanpa pemandu.

Beliau meninggalkan beberapa orang anak yatim di belakangnya, termasuk anak yang baru berusia satu bulan.


Ayuh kita terus menyumbang kepada Gaza, sebagai bukti bahawa masih ramai Uthman yang ada untuk mempertahankan bumi milik umat Islam ini!

Sumbangan boleh disalurkan ke Persatuan Cinta Gaza Malaysia.

Ayuh bertindak, wahai Uthman kecil dunia Islam! Dan jangan lupa mendoakan kami di waktu penuh keberkatan ini.

Nadir Al-Nuri
Aktivis Malaysia di Palestin


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.