Berbelas tahun pendam hasrat memeluk Islam selepas dengar ceramah Dr Zakir Naik


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


ARAU 9 Mei - Selepas memeluk Islam pada awal Januari lalu, Muhamad Malik Navin, 27, mengakui betapa nikmatnya apabila berpeluang berpuasa dan menunaikan solat tarawih di bulan Ramadan buat pertama kalinya sebagai seorang Muslim.


Dalam masa sama, pembantu am di pejabat One Centre Malaysia negeri di sini juga teruja apabila dapat berbuka puasa dengan saudara-saudara Islamnya dan ia menjadi detik yang cukup istimewa buat anak pertama daripada dua beradik itu.

Katanya, dia terdetik untuk memeluk agama Islam sejak berusia belasan tahun lagi selepas mendengar dakwah dan ceramah pendakwah Islam terkenal, Dr. Zakir Naik selain tertarik dengan keindahan agama tersebut selain banyak bergaul dengan orang Melayu sejak kecil.




Dalam masa sama, katanya, Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia negeri, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu turut banyak membantu dalam membimbing dan mengajarnya mengenai Islam termasuk mengajar sembahyang, membaca al-Quran dan ibadat-ibadat lain di dalam Islam.

“Sebelum ini, saya pernah berpuasa namun kali ini, saya dapat merasai nikmat sebenar berpuasa pada Ramadan. Nikmat itu, adalah sesuatu yang saya tidak pernah rasai sebelum ini.

“Sekarang saya sudah belajar sehingga Iqra tiga dan akan terus belajar bagi menguasai bacaan al-Quran dengan lebih lancar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, Ramadan juga membentuk dirinya agar menjaga tutur kata selain menguatkan imannya serta memperbanyakkan amal ibadat.

Sementara itu, Muhamad Malik berkata, selain dia, adiknya, Muhamad Adam Aashiq, 23, juga mengambil langkah sama memeluk agama Islam iaitu lebih awal daripadanya.

Katanya, pada peringkat awal, kedua ibu bapanya kecewa dengan tindakan mereka memeluk Islam, namun kini sudah dapat menerima dengan baik.

“Harapan saya selepas ini adalah menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT selain membantu rakan-rakan lain agar mendapat hidayah sama.

“Selain itu, saya juga ingin memperbetulkan salah faham sesetengah pihak mengenai Islam. Islam adalah agama yang cukup indah,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Admin: Islam tertegak dengan hujah, kebatilan akan kalah dengan kebenaran..



VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.