15 Kesilapan kita di bulan Ramadhan... nampak simple tapi kita selalu lupa

Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Untuk carian produk Muslim
sila masukkan carian anda di bawah


PERSIAPAN SEBELUM MENJELANG RAMADAN

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa :-

1. *Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah satu kesilapan*.

Nabi berbuka puasa hanya dengan 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium seperti makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong kerana buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypothalamus (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam di depan semasa berbuka. hypothalamus yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan.



2. *Jangan window shopping ke bazar Ramadan*.

Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypothalamus. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.

3. *Jangan lewatkan solat maghrib.*

Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yang disegerakan. Allahuakbar......

4. *Terus makan malam*.

Sel sudah mendapat tenaga kembali. Usai solat maghrib, terus makan malam. Waktu ini baru sesuai untuk makan malam. Jangan lebih daripada lima jenis makanan dalam satu hidangan. Memadai dengan nasi, lauk, sayur, buah dan air.

5. *Mandi dengan air sejuk*

Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dengan air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu ditambah air sejuk. Jangan risau mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi macam burung untuk elak paru-paru berair. Burung mandi dengan cara basahkan rambut tapi badan tidak basah.

5. *Selepas mandi, sebelum pergi solat isyak*

Minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yang dikisar.

6. *Solat Isyak berjemaah.*

Lepas tu solat terawih. Solatlah dengan perlahan dan santai. Jangan cari yang gopoh gapah.

7. *Pastikan ambil moreh secara ringan.*

Makan selapas pukul 10.30 adalah kemudaratan yang besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dalam badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik ke dalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dengan aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya.

8. *Tidur sebelum pukul 12 mlm* utk kerehatan.

Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda.

9. *Bangun pukul 3 untuk qiamullail.*

Sunat kejutkan ahli keluarga dgn ,erenjis air sejuk dengan hujung jari. Boleh mandi. Tiada masalah kesihatan.

10. *Sempurnakan 13 rakaat solat sunat.* 

Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat, istikharah dan witir (3 rakaat)

11. *Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat.*

Masa ni di langit ada *spektro bewarna merah jambu antara 3 hingga 5 pagi.*  Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.

12. *Sahur.*

Sebaik2 sahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa makan malam, jangan campur garam dan simpan sikit untuk sahur. Bila nak sahur, panaskan dan baru campur garam.

13. *Solat subuh berjemaah.*

Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah.

14. *Jangan tidur selepas subuh*

Elakkan tidur selelas solat subuh kerana gangguan kepada hypothalamus. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.

15. *Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor).*

1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jangan kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis ajwa, mabrom, sapawi dan mariami.

Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lebih daripada 8 jam

Sebelum sampai Ramadan, sama-samalah kita berazam untuk berlatih meni
ngkatkan ibadah dengan latihan pra Ramadan.

InsyaAllah....

Selamat menyambut Ramadan yang mulia....

#BahagianDakwahJAKIM
#peringatanbersama


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.