Sejarah disembunyikan : Pada masa itu Khilafah Islam Uthmaniyyah mampu membina kapal selam sendiri


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


KAPAL SELAM : Teknologi Perang Khalifah Uthmaniyah jauh meninggalkan kita


Tahukah anda bahawa semasa era khalifah Uthmaniyah, mereka mempunyai peralatan ketenteraan yang canggih? Kita sering di war-warkan bahawa di penghujung hayatnya, Kerajaan Khalifah Uthmaniyah adalah sangat lemah dan sangat mundur. Tetapi ini hanyalah propaganda Barat sahaja bagi memburukkan sistem Khalifah.



Empayar Uthmaniyyah menjalankan pelbagai pemodenan tentera akibat kemunculan teknologi baru pada abad ke-19. Sultan Abdul Hamid I, mengarahkan Menteri Tentera Laut atau dalam Bahasa turkey “Bahriye Nazırı”, yang bernama Bozcaadalı Hasan Hüsnü Paşa, untuk mendapatkan kapal-kapal baru bagi kegunaan tentera laut.

Ia adalah untuk mengimbangi kekuatan ketenteraan Greek (Yunani) yang pada waktu itu turut membeli kapal-kapal perang moden. Diatas faktor inilah menyebabkan Sultan Abdul Hamid II membeli asset kententeraan terkini dan mempermodenkan angkatan laut dan seiring dengan penubuhkan tentera laut yang lebih kuat untuk melindungi aset empayar mereka.

PEROLEHAN KAPAL SELAM.

1- Angkatan Laut Uthmaniyah memilik dua buah kapal selam. Yang pertama di berikan nama "Abdul Hamid" sempena nama Khalifah ketika itu iaitu Sultan Abdul Hamid II dan kapal selam ini di perolehi pada tahun 1886, manakala kapal selam kedua di beri nama "Abdul Mecit" pula di peroleh setahun kemudian. Kapal selam Abdul Hamid merupakan kapal selam pertama di dalam sejarah yang berjaya melancarkan tropedo dan memusnahkan sasaran ketika menyelam. Kedua - dua kapal selam ini adalah daripada klas Nordenfelt yang di bina di limbungan kapal Barrow di England.

2- Barrow Shipyard ini telah membina dua bot berkuasa enjin stim, yang direka oleh pembuatan industri Sweden dan pembekal alat pensenjataan dari Thorsten Nordenfelt. Setelah siap akhirnya kapal selam ini dijual kepada Empayar Uthmaniyyah dan Rusia. Diceritakan Kapal selam untuk Rusia tidak pernah sampai kepada pelanggannya, ia dijumpai terdampar di pantai Jutland (Denmark) semasa pelayarannya.

3- Kapal Selam “Abdul Hamid” pula, bahagian-bahagian kapalnya dibuka untuk dihantar melalui kapal dan dipasang kembali di Taşkızak Naval Shipyard (Turkish: Taşkızak Tersanesi) diperairan Golden Horn di Constantinople di bawah pengawasan seorang pereka berbangsa english, George William Garrett. Satu lagi bot kelas Nordenfelt, “Abdul Mecid” dibina pada masa yang sama dan kemudianya terus dihantar ke Tentera Laut Uthmaniyyah.

MISI, PENCAPAIAN DAN KEGAGALAN

1- “Abdul Hamid” pertama kali dilancarkan pada 6 September 1886 di hadapan ramai tokoh antarabangsa yang berjajar di sepanjang Golden Horn. Ujian menyelam awal dijalankan pada bulan Februari 1887. Tiga penyelaman telah berjaya dilakukan, 20 saat setiap satu, dengan hanya kokpit navigasi hemispherikal sahaja yang berada di atas permukaan air.

2- Pada satu lagi ujian yang dijalankan pada awal 1888, kapal selam itu dapat menavigasi arus kuat di sekitar Titik Seraglio, kelajuan dicatatkan sehingga 10 knot direkodkan, dan berjaya melumpuhkan kapal sasaran lama dengan satu tembakan torpedo tunggal dalam satu latihan penuh. Selepas lebih banyak ujian dan percubaan di pangkalan tentera laut Izmit, dengan ini secara rasmi Angkatan Kapal Selam Turki dimasyurkan dalam upacara penyampaian panji-panji Angkatan Laut Uthmaniyah pada 24 Mac 1888.

3- Kapal Selam Uthmaniyah ini dikuasakan oleh enjin stim 250 Kuasa kuda tunggal. Ia membawa dua tiub torpedo 356mm dan dua senapang “mesingun” 35mm. Kapal selam Uthmaniyah Abdül Hamid dan Abdül Mecid disiapkan dengan torpedo yang boleh berfungsi apabila diperlukan. Ia boleh membawa sejumlah 8 ton arang batu sebagai bahan bakar dan dapat menyelam ke kedalaman 160 kaki. Ukuran setiap kapal selam dianggarkan adalah 30.5m panjang dan lebar 6m, dan beratnya 100 tan. Ia boleh memuatkan krew seramai 7 orang pada satu-satu masa. Ia mempunyai kelajuan maksimum 6-10 knot, dan kelajuan maksimum 4 knot semasa tenggelam.

4- Sebagai persediaan untuk menyelam, anak kapal terpaksa menutup dandang dan menarik corong penglihatan seperti kapal selam moden kini. Tangki udara yang bertekanan semasa pelayaran di permukaan digunakan untuk menggerakkan kapal bagi mendapatkan jarak selaman jauh di bawah air, membolehkan mereka terus terendam selama beberapa minit. Mereka membawa beberapa tiub torpedo, yang pada permulaanya disimpan diatas dek kapal selam.

5- Tapi ternyata kedua kapal selam ini tidak dapat menyaingi pertempuran strategi peperangan yang pantas, kerana kelajuan kapal ini dan jarak selaman yang agak terhad walaupun pada tahap terbaik, dan keadaan kapal selam yang kurang seimbang, menjadi lebih teruk apabila mereka menembak mengunakan Torpedo. Kedudukan Kapal selam mudah dikesan dan terjejas apabila banyak masa digunakan untuk mengimbangi kedudukan kapal selam.

6- Selepas membuat beberapa percubaan, akhirnya kerajaan Uthmaniyah telah memberhentikan perkhidmatan kedua buah kapal selam ini pada tahun 1910 kerana ia tidak mampu menyelam dengan lama dan setelah terciptanya teknologi yang lebih canggih dan kapal selam ini tidak sesuai untuk di ubah suai bagi menaik taraf kebolehannya. Kedua - duanya telah di leraikan supaya besinya boleh di guna pakai untuk tujuan yang lain selepas itu.





Rujukan dan Sumber:
1- Submarineheritage.com
2- https://www.dzkk.tsk.tr/: Turkish Submarine Command
3- http://www.warship.org/ Ottoman ships
4- International Naval Research Organization

VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.