Sokong Tamu Hotel Kuala Lumpur milik Bumiputera Islam

Sekiranya anda ada kisah atau apa sahaja yang hendak admin kongsikan ke dalam blog ini, terus WhatsApp admin di 0149678920


TAMU HOTEL KUALA LUMPUR, MILIK BUMIPUTRA MUSLIM


Hari ini berpeluang berkenalan lebih rapat dengan usahawan Muslim yang berjaya. Dato' Mohd Khay Ibrahim, a very humble person tetapi tegas dan berprinsip jelas dalam bisnes. Beliau merupakan pengasas syarikat Zikay Group bersama adik beliau Dato' Iszhar Ibrahim, juga kontraktor kelas A dan pemilik Hotel bertaraf 5 bintang di Kampung Baru, Tamu Hotel & Suites. Sebuah hotel yang menawarkan permandangan Kuala Lumpur, KLCC dan Menara KL di kafeterianya di tingkat 27.







Hotel & service apartment yang baru beroperasi selama 1 tahun ini mempunyai 40 tingkat, dengan 27 tingkat untuk hotel dan 13 tingkat suites apartment ini DIBINA SENDIRI oleh syarikat pembinaan ZIKAY dengan sebahagian bantuan pembiayaan Perbankan Islam, bertaraf Hotel 5 bintang, cuma ia setakat ini hanya mendapat 4 bintang disebabkan ketiadaan beberapa fasiliti yang 'kontroversi' bagi pengkelasan 5 Bintang.

Majoriti pekerja di hotel ini pula adalah muslim Malaysia yang asalnya dari pelbagai hotel ternama yang mana para pekerja ini sejak sekian lama mereka mencari peluang bekerja di hotel taraf 5 bintang tetapi ingin menitik beratkan kriteria halal dan menjaga hukum syara'. Maka wujudnya hotel ini sesungguhnya memberi peluang keemasan dan seperti menjadi fardhu kifayah buat usahawan Muslim yang mampu untuk terus usaha .








Hotel yang terletak berdepan dengan Masjid Kampung baru ini sangat menarik kerana lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandar KL dan pelbagai kawasan membeli belah, berhadapan Hospital Islam dan Masjid.

Kami tumpang berbangga dengan hasil usaha mereka, malah teruja apabila kami dijamu di cafe mereka dengan pelbagai hidangan yang memang sedap (bukan ber'mujamalah' tetapi benar-benar), khususnya nasi briyani dan juga sup kambingnya yang sangat lazat. Kami juga dibawa melawat ke semua bilik, function room dan suites apartment. Jelas, ia sememangnya pada tahap 5 bintang dari sudut bersih dan design bilik yang sangat kemas ditambah dengan permandangan hebat dari majoriti biliknya yang boleh menghadap KLCC, menara KL dan KL view juga. Harga bilik juga sangat berpatutan.

Tahniah Dato Khay dan Dato Iszhar dan team...kami doakan perniagaan mereka berkembang pesat..menambah zakat, bertambah berkat. Marilah bawa program syarikat dan keluarga ke hotel ini. Insha allah puas hati.

Sumber FB: Dr. Zaharuddin Abd Rahman
www.elzarshariah.com

SILA LAWATI KEMUDAHAN HOTEL DI WEB http://tamuhotel.com/rooms.html




Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

2 ulasan :

  1. HADI MASIH BUTA MATA ZAHIR DAN BUTA MATA HATI SETELAH MAKAN DEDAK HARAM YANG NAJIB HIDANGKAN SEHINGGA NASIH TIDAK DAPAT MELIHAT KEBENARAN, WALAUPUN SERIBU BUKTI KES JENAYAH NAJIB TELAH DIZAHIRKAN. ALLAH SWT TIDAK AKAN MEMBERI HIDAYAH KEPADA MEREKA YANG MAKAN DARI SUMBER YANG HARAM.

    Hidup Islam Bersama KERAJAAN PAKATAN HARAPAN , Dibawah Pimpinan Tun M Beragama Islam, Bermazhab Syafie Dan Marilah Bersama-sama Kita Berselawat Kepada Rasulullah SAW Junjungan Kita Dengan Lafaz..

    اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

    SEMOGA KITA SEMUA MENJADI UMAT RASULULLAH SAW DI AKHIRAT NANTI.


    RAKYAT MALAYSIA JANGAN SEKALI-KALI LUPA
    72 Peristiwa Hitam Di Zaman Najib

    https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/72-peristiwa-hitam-di-zaman-najib/

    KERAJAAN ISLAM KELANTAN LELONG TANAH REZAB MELAYU (KOMERSIAL).
    https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/15/kelantan-lelong-tanah-komersial-dan-rezab-melayu/

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...smoga same2 bntu org kite yr..aminnn

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.