Siap kau nanti ! kumpulan gengster tunggu Tarrant dipenjara

Sekiranya anda ada kisah atau apa sahaja yang hendak admin kongsikan ke dalam blog ini, terus WhatsApp admin di 0149678920



WELLINGTON: Pengganas serangan masjid Christchurch, Brenton Tarrant dibimbangi akan menjadi sasaran banduan lain di penjara.

NZ Herald memetik seorang gengster berkata, kumpulan dianggotainya mempunyai rakan di dalam penjara susulan beberapa anggota kumpulan samseng berhimpun di Sekolah Tinggi Hagley dengan membawa bunga sebagai tanda sokongan untuk keluarga mangsa.

“Mereka (mangsa) datang ke New Zealand dan mereka sebahagian daripada kami. Mereka rakyat kami.

“Apa yang berlaku Jumaat lalu terlalu menjijikkan,” kata seorang lelaki.

Seorang lagi menyambut: “Kami juga mempunyai kawan di dalam (penjara).”

Biarpun tidak dijelaskan lanjut, ia jelas boleh dianggap ancaman terhadap Tarrant.

Sementara itu, seorang peguam Sir Kim Workman berkata sumber memberitahu Tarrant berkemungkinan berdepan ancaman di penjara bererti dia mungkin dikurung berasingan daripada banduan lain.

Tarrant mungkin diletakkan di fasiliti dilengkapi kawalan keselamatan ketat dan pegawai penjara juga perlu disaring supaya tidak terdorong untuk mencederakannya.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/global/2019/03/434830/siap-bila-masuk-penjara-nanti


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.