Serangan pengganas di Masjid New Zealand, 40 orang sah terkorban


Kepada anda yang ingin mendapatkan senarai produk keluaran Muslim sila >Klik Disini<



KUALA LUMPUR: Sekurang-kurang 40 orang terkorban dalam tembakan rambang yang berlaku di dua buah masjid di Christchurch sewaktu solat Jumaat hari ini.



Daripada jumlah tersebut, dianggarkan 30 kematian direkodkan daripada salah satu masjid tersebut.


Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengesahkan jumlah kematian dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung di saluran TV tempatan (NZ) dan Astro AWANI.


Beliau menyifatkan kejadian tersebut sebagai serangan pengganas. Setakat ini tiga ditahan oleh pihak berkuatkuasa New Zealand.


Pesuruhjaya polis New Zealand, Mike Bush menggesa orang ramai agar tidak mengunjungi mana-mana masjid hari ini.


Sehingga kini polis belum dapat mengesahkan identiti mangsa yang terlibat dalam serangan itu berikutan lokasi tembakan masih ditutup.


Polis juga telah menubuhkan kemudahan khusus bagi menyediakan maklumat di sekitar kawasan tembakan dan meningkatkan aspek keselamatan di sekitar bandar.

Mengulas lanjut, Bush berkata beliau tidak dapat mengesahkan mengenai kehadiran penyerang lain tetapi sehingga kini tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu.


“Saya mahu memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kami melakukan segala yang kami boleh untuk memastikan tiada bahaya kepada komuniti setempat.

“Sudah tentu pegawai kami akan mempunyai akses serta-merta terhadap peralatan yang mereka perlukan untuk menjaga keselamatan diri mereka,” jelasnya. – Astro Awani


www.indahnyaislam.my


Admin : Mereka pengganas kejam.... dunia wajib mengutuknya.. apa salah umat Islam New Zealand




Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.