Serangan berdarah Masjid di Christchurch : Bakti terakhir Ara Parvin kepada suami


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Serangan pengganas keatas dua buah Masjid di New Zealand Jumaat kupa meruntun rasa kemanusiaan seluruh dunia. Terlalu pedih menelan keperitan mengenang mangsa-mangsa keganasan bahkan setiap daripada mangsa mempunyai tersendiri termasuk Ara Parvin yang menjadi korban serangan.

Ini Ara Parvin.


Datang berhijrah dari Bangladesh ke tanah asing bersama suaminya, Farid Uddin Ahmed pada tahun 1994.

Di tanah asing itu, suaminya jatuh sakit dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Sejak itu, setiap jumaat Ara akan menolak kerusi roda Farid Uddin ke masjid agar suaminya itu boleh mengerjakan solat jumaat.

Pada hari kejadian, sewaktu si pembunuh masuk ke dalam masjid dan mula menembak ke arah semua mangsa, Ara ada disana bersama suaminya.

Selepas meninggalkan suaminya ditempat solat lelaki, Ara bergerak keluar. Saat tembakan mula dilepaskan, Ara yang mendengar pantas berlari semula ke ruang solat lelaki dalam usaha untuk menyelamatkan sang suami.


Ara meninggal dunia.
Suaminya selamat.

Bakti hingga saat akhir.
Sayang hingga hujung nyawa.

Aku disini terkadang merungut hanya untuk hal-hal kecil yang tak masuk akal, tak layak untuk dipersoal, tak berbaloi untuk digaduh, tak bersebab untuk dirajuk.

Tak sanggup dengan susah yang sikit.
Lelah dengan beban yang tak banyak.

Lupa bersyukur dengan nikmat teman.
Lupa bersabar dengan ujian pasangan.

Kami lupa Ara.
Kamu mengingatkan.

Berbaloinya sabar walaupun sakit.
Berbaloinya redha walaupun perit.

Terima kasih Ara.

Saya mahu jadi kamu.
Kami mahu jadi kamu.

Hosna Ara Parvin

Kredit : Siti Suryani Yaakop

VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.