Ruang solat di pintu Bab Ar-Rahmah ditutup, Israel mahu mengawal sepenuhnya Masjidil Aqsa


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



BAITULMAQDIS, 10 Rejab 1440H, Ahad – Mahkamah rejim Israel hari ini memerintahkan pihak berkuasa sekali lagi menutup ruang solat berhampiran Pintu Ar-Rahmah di Masjid Al-Aqsa, yang sebelum ini dibuka kepada umat Islam.


Pihak berkuasa yang menguruskan masjid ketiga suci dalam Islam itu, Waqf, pada Februari lalu membuka ruang solat di Pintu Ar-Rahmah, walaupun dihalang pihak berkuasa rejim pengganas Israel yang menutupnya ketika Intifada Kedua dahulu.

Rejim Zionis Israel juga menahan beberapa pegawai kanan Baitulmaqdis dan mengharamkan mereka memasuki kawasan Masjidil Aqsa.

Mahkamah Majistret Baitulmaqdis berkata, Pintu Ar-Rahmah yang sebahagian besar turut membabitkan Bab al-Dhahabi yang ditutup di timur kawasan Masjid Al-Aqsa, mesti ditutup sementara perbicaraan masih dijalankan.

Serentak itu, Waqf yang ditaja oleh penjaga masjid suci berkenaan – Jordan – diberi tempoh 60 hari untuk memberi maklum balas berkitan kes itu. Polis rejim pengganas Israel telah meminta pintu itu ditutup.

“Rejim Israel mahu menjadikan Pintu Ar-Rahmah sebagai kawasan yang ditinggalkan, bertujuan memudahkan pengambilalihan masjid berkenaan,” kata anggota jawatankuasa Waqf, Adnan al-Husseini.

Ketika rejim Israel mengambil alih mengawal timur Baitulmaqdis dan Tebing Barat daripada Jordan pada perang 1967, negara itu kekal mengawal kawasan Masjid Al-Aqsa – dikenali di kalangan Yahudi sebagai ‘Bukit Kuil’ – melalui Islamik Waqf.
Rejim Zionis bagaimanapun, mengawal seluruh kawasan di luar Masjidil Aqsa, sebagai sebahagian daripada langkah mengawal sepenuhnya Baitulmaqdis.

Yahudi Israel percaya kawasan Masjid Al-Aqsa terletak di atas ‘kuil kedua’ mereka yang pernah dibina, dan sesetengah aktivisnya mencadangkan kemusnahan kawasan masjid itu akan membawa mereka kepada ‘kuil ketiga Yahudi’.
Pada 14 Feruari lalu, kerajaan Jordan bersetuju menambah keanggotaan pentadbiran Waqf daripada 11 kepada 18 orang.

Pada hari sama penambahan anggota majlis Waqf itu juga mereka berarak ke Pintu Ar-Rahmah yang ditutup oleh rejim Israel sejak 2003, dan membukanya.

“Kami ke sana (Pintu Ar-Rahmah) untuk melakukan pengubahsuaian selepas lama dibiarkan dan ada kesan reput akibat hujan,” kata Ketua Jawatankuasa Islam Baitulmaqdis sebaik dilantik menganggotai majlis Waqf.

Katanya, mereka kemudian memutuskan untuk menjadikan ruang itu untuk solat, tetapi rejim Israel menghalang dengan meletakkan rantai besi.

“Kami bersolat di dalam masjid kami. Kami ada hak untuk solat di setiap inci kawasan Masjid Al-Aqsa,” katanya. – Agensi



Sumber :
https://www.ismaweb.net/2019/03/17/israel-arah-tutup-bab-ar-rahmah/

Bumi al Quds adalah tanah umat Islam yang diwarisi sejak berzaman... dan setiap Muslim bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu bagi membebaskannya dari Israel


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.