Ramy Shehata, remaja Muslim yang diangkat sebagai hero di Itali


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


MILAN (ITALI), 15 Rejab 1440H, Jumaat – Seorang remaja yang terperangkap dalam serangan ke atas sebuah bas sekolah di Italy, diangkat sebagai hero dan mendapat pujian rakan sekelasnya kerana menyelamat semua pelajar di dalam bas itu.


Dalam kejadian itu, seorang pemandu bas merampas kenderaan yang membawa 51 pelajar di Milan dan membakarnya.
Pelajar yang ditemu bual media Itali berkata, remaja berusia 13 tahun, Ramy Shehata menyembunyikan telefon bimbitnya ketika pemandu terbabit merampas telefon pelajar lain.

“Dia adalah hero kami,” kata seorang pelajar.

Perampas yang dikenali sebagai Ousseynou Sy, 47 tahun, dilaporkan berkata kepada pelajar di dalam bas: “Tiada siapa akan selamat”.

Agensi berita Itali, Ansa, melaporkan Ramy berlakon seolah-olah membaca doa dalam bahasa Arab, tetapi dia sebaliknya menghubungi bapanya dan polis menerusi telefon yang disembunyikan.

Polis kemudian dihubungi dan dapat mengesan bas berkenaan. Selepas dipaksa berhenti, perampas bas berkenaan mencurahkan minyak petrol di dalam bas dan membakarnya.


Akhbar La Reppublica melaporkan dalam keadaan kelam-kabut itu, polis memecahkan cermin belakang bas dan menyelamatkan semua pelajar berkenaan.
Bapa Ramy memberitahu Ansa, keluarga mereka berasal dari Mesir dan Ramy dilahirkan di Itali pada 2005, tetapi sehingga kini belum mendapat kerakyatan.

“Anak saya telah melakukan tanggungjawabnya. Adalah lebih menggembirakan jika dia mendapat kewarganegaraan Itali. Kami gembira tinggal di Itali. Ketika bertemunya, saya memeluknya dengan kuat,” kata Shehata .

Pada masa sama, pemimpin pertubuhan ‘Italy 5-Star Movement’ menggesa kerajaan negara itu mempercepatkan proses memberi kerakyatan kepada Ramy, kerana melaporkan kepada polis bahawa dia dan rakan-rakannya ditahan di dalam bas itu.

“Ramy meletakkan dirinya dalam kedudukan bahaya untuk menyelamatkan rakan sekolahnya,” kata pemimpin pergerakan itu, Luigi Di Maio. – Agensi

Sumber :
https://www.ismaweb.net/2019/03/22/bas-dibakar-remaja-muslim-hero-selamat-50-rakan-sekolah/

Admin : Dimana sahaja kita berada, hidup biarlah berjasa.

VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.