Perjuangan guru-guru sekolah yang melancarkan mogok dan piket di seluruh Malaysia pada tahun 1967


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



"Guru Mahukan Keadilan" merupakan sepanduk dan slogan utama yang digunakan dalam perjuangan guru-guru sekolah yang melancarkan mogok dan piket di seluruh Malaysia pada tahun 1967.

Tahukah kamu pada zaman itu guru-guru perempuan hanya diberi gaji RM487 sebulan, berbanding guru-guru lelaki yang mendapat gaji RM560 sebulan, walaupun kelayakan mereka serupa? Diskriminasi dan ketidaksamarataan antara gender ini merupakan salah satu isu yang membangkitkan ketidakpuasan hati guru-guru yang mogok.

Mereka turut menuntut persamaan kadar gaji di antara guru-guru graduan Maktab Perguruan Harian (Day Training College) dengan guru-guru lepasan kolej-kolej perguruan.

Mereka juga menuntut supaya guru-guru turut sama diberi kemudahan perubatan dan perumahan seperti pekerja-pekerja sektor awam yang lain.

Keempat-empat tuntutan keadilan guru-guru ini boleh dilihat dalam gambar di bawah, dirumuskan dalam poster yang dibawa oleh pemogok dalam gambar:
1. Medical (perubatan)
2. Housing (perumahan)
3. Parity (setara)
4. Equal (samarata)

Sumber gambar: Akhbar Berita Harian, 2 April 1967


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.