Pengembara misteri lautan atlantik


Kepada anda yang ingin mendapatkan senarai produk keluaran Muslim sila >Klik Disini<


Belut di benua Eropah gemar 'mengembara'. Setahun sekali apabila tiba musim membiak, ratusan juta haiwan ini membulakan pengembaraan menuju Lautan Atlantik dari habitat asalnya - sungai-sungai dan tasik.

Sementara yang tinggal di habitat yang tiada laluan ke laut akan 'menggunakan' jalan darat dengan bergeliang geliut melintasi hutan belantara. Ia bergerak lebih pantas pada waktu malam, apabila cerah mereka lebih berhati-hati bagi mengelak dikesan pemangsa.Bahkan kerap ikan ini mematikan diri di kawasan-kawasan berlopak sehingga hari gelap semula.




Sedihnya dalam tempoh pengembaraan yang memakan masa berbulan-bulan itu, bukan sedikit yang menemui ajal di jalanan.

Pada haiwan ini, pengembaraan sejauh lebih 6,000 kilometer itu amat penting dan dilakukan dengan satu matlamat - membiak.

Bergerak di dasar laut yang dalamnya melebihi 180 meter, anak-anak belut ini memulakan perjalanan ke benua Eropah mencari kawasan berair tawar. Kalau ibunya mengambil masa berbulan-bulan untuk sampai ke Atlantik, perjalanan anak-anak belut ke kawasan habitat asal ibunya, memakan waktu selama tiga tahun.

Sebaik sampai, saiznya sudah mencapai 75 milimeter. Di kawasan air tawar benua Eropah, anak-anak belut menghabiskan banyak masa di kuala-kuala sungai dan ketika itu warnanya berubah menjadi gelap. Di situ, ia akan menghabiskan usianya lebih lapan tahun sebelum memulakan pengembaraan ke laut semula dan akan mati disana.

Pengembaraan haiwan ini penuh misteri. Perjalanan hidupnya begitu aneh - membiak di air masin dan membesar di air tawar. Bahawa kemudian ia mati selepas membiak merupakan suatu fenomena yang menyedihkan.

Mungkin kerana leketihan mengembara begitu jauh menjadi punca kematian setiap ibu belut masih menjadi tanda tanya.

Bagaimana anak-anak belut yang menjadi pengembara muda mencari jalan ke Eropah selepas dilahirkan juga masih misteri.



Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.