Pegembaraan Ilmu Al-Marhum Syeikh Abdul Razak Al-Misri


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



Pegembaraan Ilmu Al-Marhum Syeikh Abdul Razak Al-Misri

AL-MARHUM SYEIKH ABDUL RAZAK 
( Ulama' Kampung Pasir Panjang Laut, Setiawan berkelulusan Al-Azhar,Mesir).

Ramai yang tidak mengetahui bahawa di Negeri Perak mempunyai ramai ulama' - ulama' yang berkelulusan tinggi didalam bidang Agama. Di antara salah seorang daripada Ulama tersebut ialah Al-Marhum Syeikh Abdul Razak yang merupakan Ulama' yang pernah belajar di Mekah dan Berkelulusan Al-Azhar Mesir.


Al-Marhum Syeikh Abdul Razak@ Tok Syeikh merupakan Anak jati Kampung Pasir Panjang Laut, Setiawan. Berbekalkan sebuah Cangkul kepunyaan Ayahnyndaya Al-Marhum berjaya dibawa oleh ayahndanya ke Mesir. Di peringkat awal beliau menadah ilmu di Pondok Al-Masri Pulau pinang dan terus melanjutkan pengajiannya di Mekah dan seterusnya di Al-Azhar Mesir.  Beliau di Mesir selama 6 Tahun dan di antara salah seorang Guru beliau di Mesir ialah Syeikh Idrees Al-Marbawi. Beliau Juga merupakan anak saudara kepada Tuan Guru Haji Ghazali Arsyad Pondok Irsyadiah batu 26 Bagan Datoh.




Setelah mendapat kelulusan Al-Azhar Mesir (Mengikut perkiraan Hari ini iaitu Master) beliau pulang ke tanah Air Sekitar 1939 dan bercita -cita membuka pondok dan beliau di antara merupakan antara Calon untuk Lantikan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Ketika itu hanya Syeikh Abdul Razak dan seorang lagi ulama' sahaja yang berkelulusan Al-Azhar Mesir, Tetapi beliau di lantik menjadi Qadhi di selama, parit buntar dan Bagan serai selama 9 tahun 9 bulan.

Sekian lama menjadi Qadhi beliau Jatuh Sakit dan kembali pulang ke kampung Kampung Pasir Panjang Laut, Setiawan dan Kembali kepada pencipta dikampung tersebut.

Dengan itu, anak cucu mengikuti beliau iaitu Ustaz Muhammad Asri bin Abdul Razak ( menpunyai Sanad Al-Quran daripada Syeikh Nabil Mesir) kini beliau Menjadi Mudir Maahad  Tahfiz Darul Najah Hulu Langat Selangor yang ditubuhkan oleh beliau , Ustaz  Jarir Mohammad Asri ( Lulusan Syariah Mesir), Ahmad Kamil bin Ahmad Fahmi ( Lulusan Kedoktoran Kaherah Mesir), Ustazah Hajah Badariah bin Abdul Razak ( Lulusan Yahya As-Syarif gunong semanggol dan Kolej Islam Kelang) & Anak-anak & Cucu beliau yang lain iaitu Ahmad Fahmi, Khalilah Fahmi, Nurin hanani ,Mohammad Asri Ab Razak, Hakim Asri, Apit Asri, Anisah Abd Razak, Rahmah Razak, Noriah Razak, Fathiyyah Razak, Al-Marhumah Zakiyyah Razak, Al-Marhum Ahmad Fauzi Razak dan cucu lain2.

Moga Allah Merahmati Keluarga Al-Marhum Syeikh Abdul Razak dan Moga Al-Marhum Syeikh Abdul Razak diampuni dosa- dosanya serta dirahmati serta di masukkan kedalam Syurga. Ameen


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.