Mogok Utusan 1961


Kepada anda yang ingin mendapatkan senarai produk keluaran Muslim sila >Klik Disini<



Sejarah tanah air mencatatkan hanya satu kali peristiwa mogok yang melibatkan wartawan dan pekerja syarikat akhbar berbahasa Melayu, suratkhabar Utusan Melayu. 

Mogok yang bersejarah ini bertahan kira-kira 100 hari bermula dari 21 Julai 1961. Mogok ini bukan mogok biasa yang berkait dengan hanya soal gaji atau kondisi kerja yang teruk. Tetapi mogok ini melibatkan wartawan di pejabat pengarang, kerani-kerani di jabatan pentadbiran, penyusun huruf dan pekerja di kilang cetak yang bersama mogok untuk mempertahankan kebebasan akhbar dan membantah pengambilalihan akhbar Utusan Melayu oleh UMNO.

Pekerja-pekerja Utusan yang mogok telah menduduki perkarangan bangunan pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur secara berterusan dan mendirikan khemah protes tempat mereka tidur & makan sepanjang mogok berjalan.

Salah seorang pemimpin pemogokan ini adalah Said Zahari, yang merupakan wartawan dan pengarang Utusan Melayu. Gambar ini menunjukkan Said Zahari (berdiri nombor 4 dari kiri) sedang bercakap dengan sahabat-sahabat sekerjanya yang sedang mogok.

Selepas 30 hari mogok berjalan, kerajaan telah mengambil tindakan keras dengan menyingkirkan Said Zahari ke Singapura.




Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.