Julai 1948, British menahan Pak Sako


Kepada anda yang ingin mendapatkan senarai produk keluaran Muslim sila >Klik Disini<


Selepas penjajah British mengisytiharkan Darurat di seluruh Malaya pada bulan Jun 1948, ribuan aktivis anti-penjajah, pemimpin parti-parti politik kiri dan pejuang kemerdekaan telah ditangkap dalam operasi besar-besaran yang dijalankan oleh penjajah British.

Antara yang ditangkap ialah Yang Di Pertua PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan Presiden PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat), Ishak Haji Muhammad, juga dikenali dengan nama Pak Sako.

Pada bulan Julai 1948, Pak Sako telah ditangkap oleh Kerajaan penjajah British. Berikut merupakan alasan yang diberikan oleh Kerajaan penjajah:

"Government holds evidence that in his private capacity he has been working with Communist elements for the overthrow of Government and the establishment of an alternative government by force. For this reason he has been detained under the Emergency Regulations."

Ribuan pejuang-pejuang kemerdekaan telah ditahan penjajah atas tuduhan yang sama tanpa sebarang perbicaraan dan tanpa sebarang bukti yang kukuh. Pak Sako telah ditahan selama 5 tahun atas tuduhan ini dan hanya dibebasan pada tahun 1953.

Sumber: The Free Press, 28 Julai 1948, The Straits Times, 19 Julai 1948





Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.