Johor kurangkan 10 peratus kuota Bumiputera untuk lot Industri


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


JOHOR BAHRU, 25 Jamadilakhir 1440H, Sabtu – Kerajaan negeri Johor mengurangkan 10 peratus kuota lot hartanah Bumiputera bagi tapak perindustrian, untuk menarik lebih ramai pelabur di negeri itu.


Exco Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pemaju projek perindustrian menyuarakan kebimbangan terhadap lot tanah yang tidak terjual, sekali gus meminta bantuan kerajaan negeri mengatasi masalah berkenaan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri memutuskan untuk mengurangkan kouta dari 40 peratus sebelum ini kepada 30 peratus bermula Februari.

Katanya, keputusan itu diambil kerana kadar pengambilan lot Bumiputera yang rendah di kawasan perindustrian, iaitu hanya dua peratus atau lebih rendah.

“Maka, selepas meneliti, kami memutuskan untuk melaksanakan dasar ini bagi meningkatkan aliran tunai serta menggalakkan lebih banyak pelabur masuk ke negari Johor,” katanya pada satu sidang akhbar selepas sambutan Tahun Baru Cina di sini, semalam.

Wee Tse juga yakin dasar baharu ini akan lebih mudah dan cepat bagi pelabur membeli kilang-kilang sekali gus dapat meningkatkan ekonomi.

“Ini untuk menjaga kepentingan kerajaan negeri juga,” katanya seperti dilapor The Star Online. 

Bagaimanapun katanya, kuota yang diumumkan hanya digunakan untuk tujuan pembangunan baharu.

“Pemaju yang mahu melaksanakan pembangunan baru, mereka boleh membuat rayuan dan kami akan menilai kes berkenaan,” katanya.

Sumber : Portal Islam & Melayu

Apakah langkah yang telah digerakkan untuk membantu menggalakkan Bumiputera aktif dalam perindustrian? nilai hartanah untuk Bumiputera tidak masuk akal.... - admin


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.