Ismael Haniyyeh : empat kali Israel bom pejabat saya


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



GAZA – “Ini kali ke empat pejabat saya musnah dibedil rejim Zionis.” Demikian kata Ketua Biro Politik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismail Haniyeh, ketika melawat beberapa kawasan di Semenanjung Gaza yang diserang sejak Isnin lalu.


Namun, katanya, semua bangunan yang runtuh itu akan dibina semula kerana ia adalah simbol penentangan terhadap rejim Israel, dan membuktikan ketahanan diri rakyat Palestin.

“Kami akan tetap membinanya semula. Ia adalah simbol penentangan dan kekuatan ketahanan kami,” katanya hari ini.

Dalam siri serangan rejim pengganas Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Isnin lalu, lima bangunan dan tujuh tapak kumpulan sayap bersenjata Hamas, menjadi sasaran pengeboman.



Menekankan bahawa rejim Zionis telah ‘menerima’ dan ‘memahami dengan baik’ mesej penentangan rakyat Palestin, beliau berkata, rakyat Palestin akan berusaha menangani serangan itu.

Pada masa sama, Haniyeh mengulangi pendirian Hamas yang menolak pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) bahawa Bukit Golan yang dijajah Zionis daripada Syria, kini menjadi milik Israel.

Justeru, beliau mengajak seluruh rakyat Palestin, sama ada wilayah-wilayah yang diduduki, dan diaspora untuk bersama mengambil bahagian dalam perarakan Hari Tanah – The Million Demonstrator March – pada 30 Mac ini.

“Seluruh penghormatan wajar diberikan kepada pihak-pihak yang berusaha untuk menghentikan pencerobohan rejim pengganas Israel di Semenanjung Gaza ini,” katanya.

Hamas kini sedang membuat persediaan bagi mengadakan demonstrasi besar-besaran sempena Hari Tanah, yang menandakan ulang tahun pertama ‘The Great March of Return’, pada 30 Mac ini. – Ismaweb

Admin : Israel bukan sahaha menjajah Bukit Golan, bahkan berani menyerang wilayah Syria... dunia semakin melihat siapa pengganas sebenar



VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.