Disebalik serangan pengganas di Christchurch


Kepada anda yang ingin mendapatkan senarai produk keluaran Muslim sila >Klik Disini<


BEBERAPA IKTIBAR DARI KEJADIAN SERANGAN TERRORIS DI CHRISTCHURCH



• Sehingga maklumat ini ditulis, 49 kematian telah direkodkan dalam kejadian yang menggemparkan seluruh dunia terutamanya apabila berlaku di negara New Zealand yang terkenal sebagai aman dan berkecuali serta menjadi pilihan migran termasuklah dari Malaysia (Terdapat 1,247 rakyat Malaysia di Christchurch atau sekitar 15,000 di seluruh NZ).



• Pengalaman tinggal di negara NZ selama 4 tahun bersama keluarga menjadikan isu ini amat dekat dgn saya, Masjid Al-Noor sering dikunjungi jika ada urusan di Christchurch serta sebahagian besar jemaahnya saya kenali.

• Akan tetapi kejadian yang berlaku hari ini amat mengejutkan, kerana NZ mmg terkenal sebagai negara yang mesra kepada imigran dan bersikap toleran kepada semua pendatang termasuklah mengiktiraf hak-hak masyarakat native Maori, malah rancangan ceramah ttg agama Islam juga disiarkan secara mingguan di TV2 NZ.

• Selama ini Islam tidak disekat dan bebas diamalkan dengan sebaiknya, begitu juga Hindu dan Buddha. Hampir tidak pernah saya mendengar insiden serangan ke atas umat Islam di NZ. Akan tetapi kejadian yang berlaku semalam amat mengejutkan, dan sekali lagi bukan dilakukan oleh orang NZ tetapi Australia (inilah bahayanya membawa masuk atau membenarkan unsur luar yang tidak sesuai dan ekstrem masuk ke Malaysia).

• Kelemahan kerajaan NZ - Walau bagaimanapun, toleransi dan ruang yang disediakan ini telah diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Tumpuan selalunya kepada pengganas Muslim tetapi dalam masa yang sama mengabaikan terroris dari kalangan kumpulan lain atau kumpulan berhaluan kanan dengan agenda tersendiri.

• Persoalan seterusnya adalah kegagalan NZ mengawal pemilikan senjata-api. Jelas dilihat dalam video yang tersebar bahawa Tarrant memiliki lebih 5 pucuk senapang patah dan semi-automatik serta memilki bom yang diletakkan dalam kenderaan.

• Seterusnya adalah kegagalan NZ mengawal elemen radical yang sebenarnya telah dimuatnaik di media sosial lebih awal. Pemantauan yang kurang berkesan kerana bersikap ambil mudah mengundang padah. Termasuklah pemantauan hanya kepada golongan tertentu sahaja.

• Pihak keselamatan NZ lambat sampai ke tempat kejadian. Mengambil masa yang agak lama dan mengakibatkan lebih banyak kematian. Sudah sampai masanya kawalan keselamatan di tempat-tempat ibadat atas faktor keselamatan termasuklah di masjid dan gereja.

• Penyerang yang menggunakan nama Brendon Breivick Tarrant warga Australia berfahaman far-rightwing extremists iaitu satu fahaman radikal  Neo-Facism. Golongan ini wujud selepas perang dunia kedua yang mengambil roh Nazism. Golongan ini sangat ekstrem berpaksikan ultranasionalism (mempromosikan kepentingan negara dan bangsa lebih utama atas segalanya), racial-supremacy (kepentingan bangsa atau etnik), authoritarianism (kerajaan autokratik dan menyekat kebebasan berpolitik), nativism (kepentingan politik kaum natif), racial supremacy (kepentingan berasaskan ras), populism (memperjuangkan golongan bawahan) dan menolak imigrasi.




• Walaupun banyak media barat menyatakan serangan oleh ‘gunman’, akan tetapi ini jelasnya adalah serangan terroris. Ciri-ciri serangan dan fahaman yang dianuti oleh Tarrant jelas bahawa beliau adalah terroris. Amat tidak adil hanya mengaitkan terroris dengan Islam semata-mata, terroris wujud merentasi agama, etnik dan negara.

• Manifesto Tarrant berjumlah 74 mukasurat yang dimuatnaik sejurus sebelum serangan tersebut jelas beliau membenci Islam kerana dianggap imigran yang mengambil tanah tumpah darah mereka, Islam dianggap mempunyai kadar kelahiran tinggi yang akan menguasai negara mereka dan juga faktor dendam atas serangan pengganas di Eropah serta penjajahan umat Islam dan Turki serta pembebasan Hagia Sophia di Istanbul Turki.

• Jelas Tarrant meletakkan nama ‘tengah’ beliau Breivick, iaitu mengambil inspirasi daripada Andrei Brevick yang berfahaman Neo-Nazi & White Supremacy. Beivick telah melakukan serangan di Sweeden dan Pulau Utoya yang membunuh 77 orang pada 22 Julai 2011. Modus operandi yang hampir sama digunakan oleh Tarrant.

• Sifat ekstrem sebegini boleh wujud dalam diri sesiapa sahaja termasuklah di Malaysia jika tidak dibendung dengan sebaiknya. Kelompok berfahaman ekstrem ini tidak perlu ramai, seorang sahaja cukup kerana kerosakan yang dilakukan amat ketara.

• Golongan ini adalah terroris dan objektifnya jelas iaitu menyampaikan mesej bahawa atau objektif yang telah digariskan, keduanya menimbulkan ketakutan kepada masyarakat umum, ketiga menyebabkan kematian dan kemusnahan yang besar.

• Malah yang lebih ditakuti adalah tindak balas daripada radikal Muslim pula samaada di NZ mahupun di Eropah dan US. Jika ini berlaku, permusuhan dan kebencian akan terus wujud dan akhirnya wujudlah perbuatan terrorisme. Isu terroris ini akan kekal relevan dalam masa-masa yang akan datang.

• Jangan ada ahli politik yang keluarkan kenyataan tak cerdik macam Senator Fraser Anning dari Queensland, Australia. Beliau secara jelas dalam ciap dan kenyataan medianya menyatakan bahawa kejadian ini berpunca daripada kerajaan NZ yang membenarkan kemasukan imigran Muslim. Malah Islam dituduh sebagai agama yang menggalakkan permusuhan dan perbuatan terroris serta cuba membangkitkan semula roh ‘perang salib’.  Senator ini adalah ahli politik far-rightwing yang menolak imigran dan memusuhi Islam secara tidak langsung. Kenyataan keras oleh ahli politik kerajaan dan pembangkang di Malaysia boleh mencetuskan kegelisahan dan sengketa agama & etnik.

Mohd Mizan Aslam
Professor Pelawat
Pusat Kajian Timur-Barat
University of Hawaii
Honolulu, USA.

Sumber :

https://www.facebook.com/160708904413547/posts/562797020871398/



Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.