Darurat dan penahanan Pak Sako oleh British


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



Pada 18 Jun 1948, Pesuruhjaya Tinggi penjajah British, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan "Darurat" di seluruh Malaya. "Darurat" ini telah berlarutan selama 12 tahun.

"Undang-undang Darurat" yang diumumkan telah memberi kuasa kepada polis dan tentera penjajah untuk menangkap dan menahan sesiapa sahaja yang disyaki tanpa bicara selama 2 tahun, menahan pergerakan rakyat, menjalankan perintah berkurung, dan menghukum bunuh mereka yang ditangkap menyimpan senjata.

Ribuan aktivis anti-penjajah, pemimpin parti-parti politik kiri dan pejuang kemerdekaan telah ditangkap dalam operasi besar-besaran yang dijalankan oleh kerajaan penjajah British.

Salah seorang daripada mereka ialah Yang di Pertua PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan Presiden PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat), Ishak Haji Muhammad, juga dikenali dengan nama Pak Sako.

Pada bulan Julai 1948, Pak Sako telah ditangkap tanpa bicara di bawah Undang-undang Darurat oleh kerajaan penjajah British kerana disyaki bersubahat dengan komunis untuk mengguling kerajaan penjajah.

Pak Sako telah dipenjara selama lima tahun di atas tuduhan yang tidak berasas ini dan hanya dibebasan pada tahun 1953.

Sumber: The Free Press, 28 Julai 1948, The Straits Times, 19 Julai 1948


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.