Akan ada siaran langsung azan solat Jumaat di New Zealand.. hikmah disebalik tragedi

Sekiranya anda ada kisah atau apa sahaja yang hendak admin kongsikan ke dalam blog ini, terus WhatsApp admin di 0149678920


CHRISTCHURCH: Dalam satu langkah penuh simbolik bagi menyokong masyarakat Muslim, azan solat Jumaat ini (22 Mac) akan dikumandangkan ke seluruh negara di New Zealand. Ia bakal disiarkan menerusi stesen televisyen TVNZ and Radio New Zealand.


Ini diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri negara itu, Jacinda Ardern. Menurut beliau, upacara bertafakkur selama dua minit juga akan diadakan pada Jumaat ini.

"Saya maklum daripada ramai pihak, ada keinginan untuk menunjukkan sokongan kepada masyarakat Muslim apabila mereka kembali ke masjid-masjid, khususnya pada Jumaat (ini)," kata Cik Ardern.

Dalam serangan pengganas pelampau kulit putih itu pada Jumaat lalu (15 Mac), 50 orang mati ditembak dengan kejam di dalam dua buah masjid di bandar itu. 29 mangsa yang lain masih lagi dirawat di hospital dengan lapan daripada mereka masih lagi dalam keadaan tenat.

Pelakunya, Brenton Tarrant, 28 tahun, warga Australia yang menetap di Dunedin, New Zealand, sudahpun dikenakan tuduhan membunuh. Lebih banyak lagi tuduhan bakal dikenakan ke atasnya pada 5 April nanti.

PARA IMAM AUSTRALIA TUJUKAN KHUTBAH JUMAAT INI UNTUK MANGSA DI CHIRISTCHURCH

Dalam pada itu, Majlis Imam Kebangsaan Australia juga mengajak para Imam negara itu supaya memperuntukkan khutbah Jumaat minggu ini kepada mangsa-mangsa pembunuhan beramai-ramai dua buah masjid di Christchurch itu.

"Serangan ke atas Muslim manapun atau orang-orang tidak bersalah yang lain di mana-mana di dunia ini, adalah satu serangan ke atas semua Muslim dan semua orang," menurut majlis tersebut menerusi satu kenyataan.

"Ini adalah tragedi kemanusiaan dan tragedi antarabangsa, bukan tragedi Muslim atau NZ sahaja. Aksi-aksi pengganasan itu mahu memecah-belahkan kita... dan kami menolaknya dalam segala bentuk dan cara. Kami akan terus kekal bersatu padu dan teguh."

Admin :  Hikmah Allah nak bagi disebalik tragedi, Allah sebaik-baik perancang

- REUTERS/DIWAI/na
 Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/laungan-azan-solat-jumaat-akan-disiarkan-secara-langsung-ke/4254746.html


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.