8 September 1974 : Kemarahan penghuni setinggan Tasek Utars


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



KAMI MENUNTUT KEADILAN, KAMI MAHU TANAH

Pada 8 September 1974, dua minggu selepas Pilihan Raya Umum ke-4, tanpa sebarang amaran, lebih 100 buah rumah keluarga miskin peneroka bandar di Kampung Barisan Nasional yang terletak di Tasek Utara, Johor Bahru telah dirobohkan. 300 orang daripada 60 buah keluarga hilang tempat tinggal. Mereka cuba meminta bantuan Ahli Parlimen mereka tetapi tak berjaya.

Kerana kehilangan rumah, pada 16 September 1974, mereka mula mendirikan khemah di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan negeri Johor untuk mereka tinggal. Mereka mula berpiket di situ siang dan malam. Anak-anak kecil turut sama menyanyikan lagu perjuangan berbunyi:

"Ini tanah kita,
Orang sudah rampas,
Kita ambil balik,
Buat khemah sini.
Periuk besar-besar,
Makan sama-sama,
Walaupun susah,
Kita seronok.
Kita ramai-ramai,
Tentang kezaliman,
Tahan hak-hak kita,
Sampai kita menang.”

Dalam perjuangan rakyat setinggan miskin ini, mahasiswa dari kampus-kampus universiti UM, UKM, ITM, USM dan juga University of Singapore telah turun ke Tasek Utara untuk memberikan sokongan kepada rakyat.

Sumber gambar: Buku "With the people!: the Malaysian student movement, 1967-74" suntingan Hassan Karim & Siti Nor Hamid (Institut Analisa Sosial, 1984)



VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.