22 Julai 1963: Perlantikan Ketua Menteri Sarawak yang pertama, usaha kearah berkerajaan sendiri


Kepada anda yang ingin mendapatkan senarai produk keluaran Muslim sila >Klik Disini<



22 Julai 1963

Gabenor penjajah British di Sarawak, Sir Alexander Waddell telah melantik Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama, selepas parti beliau, Parti Perikatan Sarawak telah memenangi Pilihanraya Negeri Sarawak yang pertama pada 24 Jun 1963.

Pada tarikh yang sama, 22 Julai 1963, Gabenor penjajah telah turut sama melantik menteri-menteri kabinet negeri Sarawak, termasuk Taib Mahmud (berumur 27 tahun) yang telah dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Sarawak.

Sarawak sebenarnya tidak diberikan kemerdekaan ataupun hak berkerajaan sendiri (self-government) pada tarikh 22 Julai 1963 seperti yang dilaporkan dalam media massa hari ini.

Sebaliknya, status berkerajaan sendiri dan tarikh sambutan kemerdekaan Sarawak yang pertama telah disambut pada 31 Ogos 1963.

Akhbar The Straits Times bertarikh 24 Ogos 1963 telah melaporkan kenyataan dari Gabenor penjajah Sarawak, Sir Alexander Waddell yang berkata, “Sarawak has been looking forward confidently and with satisfaction to obtaining independence on August 31”.

Akhbar The Straits Times bertarikh 1 September 1963 telah melaporkan sambutan hari kemerdekaan Sarawak yang pertama pada 31 Ogos 1963 dengan laporan, “In Kuching, de facto self-government for Sarawak was today celebrated very quietly.” Tarikh ini turut sama dikongsi dengan Sabah yang turut sama meraikan sambutan kemerdekaan mereka pada 31 Ogos 1963.

Laporan media massa yang menyebut bahawa, "Pada 22 Julai 1963, gabenor terakhir kerajaan British Sir Alexander Waddell meninggalkan Astana dan menaiki sebuah sampan putih untuk menyeberangi Sungai Sarawak bagi menyerahkan kerajaan Sarawak kepada rakyatnya” adalah tidak tepat.

Tarikh sebenar peristiwa menaiki sampan tersebut adalah pada 15 September 1963, satu hari sebelum tarikh penubuhan Malaysia, seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Straits Times bertarikh 16 dan 17 September 1963 di bawah.

Sumber: Akhbar Berita Harian (22 Julai 1963), akhbar The Straits Times, (24 Ogos 1963, 1 September 1963, 16 September 1963, 17 September 1963).


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.