Teluk Intan : Restoran diserbu disyaki campur bahan khayal dalam makanan

Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Untuk carian produk Muslim
sila masukkan carian anda di bawah


TELUK INTAN: Sebuah restoran di sini, diperiksa polis dan Jabatan Kesihatan, semalam selepas menerima aduan pelanggan yang mengalami gejala lemah dan khayal selepas makan di premis berkenaan.


Susulan operasi bersepadu jam 11.20 pagi itu, seorang tukang masak dan dua pembantunya termasuk seorang warga Bangladesh ditahan selepas didapati positif dadah jenis opiat.

Terdahulu, mesej yang mendakwa seorang anggota polis dan tiga lagi anggota lain ‘sangkut’ ujian saringan air kencing selepas makan di sebuah premis di Teluk Intan dan tukang masak premis berkenaan sudah ditahan, tular di WhatsApp sejak semalam.

Sumber berkata, pemeriksaan dijalankan susulan laporan seorang anggota polis yang mengalami gejala lemah, mengantuk dan khayal selepas makan di premis berkenaan, kelmarin.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak bersama pegawai Jabatan Kesihatan turut merampas beberapa jenis masakan seperti kuah makanan, ayam goreng, sayur dan nasi putih.

Katanya, sebungkus plastik lutsinar mengandungi biji kas-kas turut dirampas dan semua sampel yang dirampas dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh untuk pemeriksaan.

“Pemilik premis memaklumkan masakan tidak menggunakan sebarang bahan terlarang atau mengkhayalkan, namun bahan masakan seperti kas-kas ada digunakan sedikit oleh tukang masak,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Yahaya Hassan ketika dihubungi,

mengesahkan ada menjalankan pemeriksaan bersama Jabatan Kesihatan di premis berkenaan.

Katanya, sampel makanan juga sudah diambil untuk tindakan lanjut dan menegaskan ia perlu menunggu keputusan ujian kimia.

“Polis menahan tiga pekerja premis berkenaan berusia antara 30 hingga 70an selepas ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati mereka positif opiat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Admin : Tak cukup menipu gantung ayat al Quran, potong biawak belakang restoran sekarang nak main dadah pula.. gila



Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.