Dua beradik selongkar sampah di awal pagi nak buat belanja sekolah


Kepada anda yang ingin mendapatkan senarai produk keluaran Muslim sila >Klik Disini<



Kisah di Pelabuhan Klang Selangor .. Sesiapa yg tahu alamat kanak2 ni sila viral..

Dua beradik berbaju sekolah selongkar tempat pembuangan sampah cari duit belanja

AWAL pagi tadi (10 Januari 2019) di kala anak-anak anda sedang bersiap-siap untuk ke sekolah, atau mungkin masih lena dibuai mimpi di atas tilam empuk, dua beradik ini yang sudah bersiap awal sempat menyelongkar tempat pembuangan sampah sebelum ke sekolah.




Tindakan itu tidak lain bagi mencari sesuatu yang mungkin boleh dikutip dan dijual di tempat kitar semula, bagi mendapatkan sedikit duit belanja persekolahan mereka.

Gambar kejadian itu difahamkan diambil oleh Mohd Shahrizad sekitar jam 5:30 - 6:00 pagi tadi di Pasar Pelabuhan Klang, Selangor.

"Macam biasa, hari-hari 5:30-6:30 aku pergi pasar nak beli barang meniaga. keluar dari pasar masuk je dalam kereta aku perasan dua beradik ni pakai uniform sekolah,"

"Aku keluarkan telefon rakam budak-budak ni," tulis Shahrizad.

"Dik, buat apa ni? Dia ingat aku nak marah dia pasal suara aku terkuat sikit.

"Cari barang nak jual bang nak buat duit belanja sekolah," jawapan itu menimbulkan rasa sedih, lantas Shahrizad meninggalkan sedikit duit belanja kepada kedua beradik itu sebelum beredar.

Zaman sekolah dulu, aku pun pernah kutip tin dan surat khabar untuk dijual di tempat kitar semula. Tapi aku buat benda tu sebagai hobi, dan tak konsisten pun sekadar untuk tambah duit belanja.

Tapi dua beradik ini, kalau sampai sebelum ke sekolah pun sanggup selongkar tempat pembuangan sampah, mungkin kehidupan mereka begitu dhaif, sampai terpaksa buat begitu. Semoga Allah permudahkan rezeki mereka sekeluarga.

Sumber — milosuam

Admin: sedih sangat tengok kawan-kawan miskin bandar... suasana hidup terlalu ekstrim




Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.