Uruguay isytihar menyokong perjuangan rakyat Palestin


Kepada anda yang ingin mendapatkan senarai produk keluaran Muslim sila >Klik Disini<


MONTEVIDEO, 28 Rabiulawal 1440H, Khamis – Uruguay mengesahkan sokongannya terhadap perjuangan hak rakyat Palestin yang kini teruk ditindas dan dizalimi oleh rejim pengganas Israel, selain kesediaan dan kepentingan kerjasama antara dua negara dalam pelbagai bidang.



Naib Presiden Uruguay, Lucia Topolansky menyatakan pendirian berkenaan ketika mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Palestin, Walid Abdel Rahim, baru-baru ini.

Abdel Rahim berkata, rakyat Palestin sangat menghargai sokongan Uruguay yang berpihak kepada perjuangan mereka untuk memiliki negara merdeka, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.

Dalam pertemuan itu, Abdel Rahim memberi taklimat rasmi kepada Topolansky mengenai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia Israel, termasuk penempatan haram Yahudi yang giat dibina di wilayah Palestin.

Pelanggaran itu termasuklah tindakan rejim merobohkan kebanyakan rumah dan bangunan Palestin, selain menafikan hak rakyatnya di wilayah berkenaan, kata Abdel Rahim.- Agensi

Perjuangan rakyat Palestin melangkaui agama dan bangsa, ianya perjuangan manusia sejagat

- Ismaweb.net



Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.