Suami isteri meninggal dunia selang 2 jam.. kisah sehidup semati


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


KLUANG: Iman Masjid Jamek Simpang Renggam dan isterinya meninggal dunia dalam tempoh selang dua jam, di rumah mereka di Kampung Simpang Renggam, di sini awal pagi ini.



Pada mulanya, Bera Madiran, ditemui meninggal dunia oleh isterinya, Maimunah Dariman, kira-kira jam 4.30 pagi ketika bangun untuk solat Subuh.

Selepas memberitahu anaknya mengenai kematian Bera, Maimunah menemani jenazah suaminya di bilik tidur mereka sebelum dia ditemui meninggal dunia oleh anak lelakinya kira-kira jam 6.30 pagi.K

isah pasangan suami isteri berusia 70-an itu dikongsi dalam Facebook (FB) Pertubuhan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM).

Ahli SPJM Simpang Renggam, Sharul Aqmal Mohamad, berkata pasangan itu itu tinggal bersama dua anak lelaki mereka.

Katanya, selepas menyedari suaminya meninggal dunia, Maimunah memaklumkan kepada dua anaknya yang kemudian membuat persiapan dan menghubungi saudara mereka, manakala Maimumah menemani jenazah suaminya.

Bagaimanapun katanya, anaknya yang masuk semula bilik itu mendapati Maimunah turut meninggal dunia di sisi bapa mereka, kira-kira jam 6.30 pagi.

“Kematian Bera mengejutkan kerana sebelum itu, dia sempat mengimamkan solat Magrib dan Isyak di Masjid Jamek Simpang Renggam, malam tadi.

“Arwah menghidap diabetes, manakala isterinya mempunyai kanser limfoma dan baru menjalani kimoterapi,” katanya.

Shahrul Aqmal berkata, arwah Bera adalah pesara guru agama sebelum menjadi imam masjid berkenaan.

Jenazah suami isteri itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Sungai Berumbung, dekat sini, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Sumber : Berita Harian

Cinta orang lama, bukan harta jadi pasak pengukuh.. tetapi janji sehidup semati jadi pengikat


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.