Sejarah penangkapan beramai-ramai mahasiswa di Masjid Negara


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



DEMO DALAM SEJARAH: Demonstrasi mahasiswa di Padang Kelab Selangor, KL (3 Disember 1974)

Semasa demonstrasi mahasiswa di KL pada 3 Disember 1974, sebanyak 1,128 orang mahasiswa telah ditangkap oleh polis kerana melibatkan diri dalam demonstrasi tersebut.

Antara yang ditangkap ialah Anwar Ibrahim (ketika itu merupakan presiden Majlis Belia Malaysia dan Angkatan Belia Islam) yang turut serta dalam demonstrasi tersebut.

Anwar Ibrahim telah ditangkap di kawasan Masjid Negara dan dimasukkan ke dalam lori "Black Maria” polis bersama mahasiswa lain yang ditangkap untuk di bawa ke balai polis. Tetapi lori “Black Maria” itu hanya sempat bergerak sejauh bulatan depan Masjid Negara sebelum ditahan oleh ratusan demonstran mahasiswa yang berada di situ. Mereka telah merampas kunci dari polis dan membebaskan Anwar Ibrahim dan kawan-kawan mereka. Salah seorang kawan mahasiswa yang mereka bebaskan dari lori “Black Maria” pada hari itu ialah Presiden Kesatuan Siswa Institut Teknologi MARA, Ibrahim Ali.

Sumber: Buku Hassan Karim & Siti Nor Hamid "With the People: The Malaysian Student Movement 1967-74" (INSAN, 1984)



VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.