Pengharaman kesatuan pekerja estet tahun 1967


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,





Tahun 1967 merupakan tahun penting untuk gerakan kesatuan pekerja estet di Malaysia. 

Pada 6 April 1967, kerajaan telah menggantung pendaftaran Kesatuan Pekerja-pekerja Estet Malaya Bersatu (United Malayan Estate Workers’ Union)(UMEWU) yang merupakan kesatuan sekerja yang independen dan kuat mempertahankan hak pekerja-pekerja estet di Malaysia, terutama dalam memimpin pemogokan Estet Asahan awal tahun itu.

Tindakan terhadap kesatuan UMEWU itu telah mendapat tentangan dari gerakan pekerja. Pada 8 April 1967, beratus-ratus pekerja dari 9 buah kesatuan sekerja dari berbagai bidang perusahaan telah berhimpun mengadakan demonstrasi di ibu kota Kuala Lumpur untuk membantah tindak dan memberi solidariti kepada kesatuan UMEWU.

Pekerja-pekerja yang berdemonstrasi telah berarak di Jalan Mountbatten (Jalan Tun Perak sekarang) berhampiran Masjid Jamek sebelum bertembung dengan FRU yang telah menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan demonstrasi tersebut. Gambar di bawah menunjukkan keratan akhbar tentang demonstrasi ini.

Sebulan kemudian sejumlah besar pemimpin-pemimpin dan aktivis-aktivis pekerja estet dalam kesatuan UMEWU telah ditangkap dan ditahan oleh kerajaan di bawah ISA.

Sumber: Akhbar Berita Minggu & Sunday Times, 9 April 1967

VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.