Kisah rebel Hamid Tuah dan solidariti Mahasiswa Universiti Malaya


Kepada anda yang ingin mendapatkan senarai produk keluaran Muslim sila >Klik Disini<



Dua minggu selepas kerajaan menangkap “rebel” Hamid Tuah dan mengusir petani-petani peneroka tanah dari kawasan Teluk Gong, Klang pada bulan Oktober 1967, mahasiswa Universiti Malaya telah menganjurkan satu perhimpunan solidariti di Sudut Pidato UM. Mereka telah menjemput Sharifah Mahani, isteri Hamid Tuah ke dalam kampus untuk berkongsi tentang perjuangan petani peneroka tanah dan penindasan yang sedang mereka hadapi.

Dilaporkan seramai 300 orang mahasiswa telah menghadiri perhimpunan solidariti yang telah berjalan selama 7 hari di kampus UM itu. Perhimpunan itu turut dihadiri oleh anak Hamid Tuah bersama 5 orang pejuang peneroka Teluk Gong. 

Akhbar Berita Harian telah melaporkan:

“Pada satu ketika seorang siswa yang berucap dalam perjumpaan itu telah meminta siswa-siswa membukti sokongan dengan memberi apa saja bantuan yang ada pada mereka. Beberapa orang siswa kemudian maju ke hadapan sambil menanggalkan baju mereka dan diikuti oleh rakan-rakan mereka yang lain.”

“Sebelum ini seorang siswa yang berucap dalam perjumpaan itu telah menyesalkan sikap parti-parti pembangkang kerana tidak mengambil berat atas penderitaan Hamid Tuah dan pengikut-pengikutnya.”


Semasa perhimpunan itu mahasiswa telah berjaya mengumpul derma sebanyak RM500, 10 tin biskut, beberapa helai tikar dan beberapa dozen tin susu untuk diberikan kepada petani-petani peneroka yang sedang ditahan di berek polis Pandamaran, Klang. Seramai 100 orang mahasiswa telah dilaporkan menaiki bas, motosikal dan skuter ke Pandamaran untuk menyampaikan terus hasil kutipan mereka kepada mereka yang ditahan.

Sumber: Akhbar Berita Harian, 26 Oktober 1967




Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.