Ketuanan Melayu jamin keamanan, wajib dipertahankan - PU Faiz


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Seorang penceramah bebas berpandangan konsep Ketuanan Melayu yang diamalkan di Malaysia tidak bercanggah dengan Islam.



Bagi Naib juara Pencetus Ummah (PU) musim kedua Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli, konsep itu telah menjadikan masyarakat berbilang kaum di negara ini hidup dengan aman dan harmoni.

Justeru, katanya lagi, ia bukan saja tidak bercanggah dengan agama malah wajib dipertahankan.

"Indahnya Islam ia tidak membawa satu sistem pemerintahan secara khusus. Ia tidak mengatakan negara perlu ditadbir bawah monarki, demokrasi mahupun republik.

"Malaysia merdeka dengan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Dan perlembagaan memaktubkan ketuanan Melayu dan ketika merdeka nenek moyang kita setuju untuk menjunjung perlembagaan ini.

"Jika (ketuanan Melayu) dihapuskan, ia berisiko menjejaskan keamanan. Maka wajib mempertahankannya," katanya kepada Malaysiakini.

Ketuanan Melayu tiada kena mengena menjadikan hamba kepada mana-mana bangsa, bahkan perlembagaan menjamin setiap hak semua warganegara...

kasihan Rohingya


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.