Jumlah luar biasa penyokong, polis dan FAM akan siasat

كڤد اورڠ اسلام يڠ تله چوكوڤ عمور 21 تاهون، سيلا دفتر سباڬاي ڤميليه اونتوق اندا دبنركن مڠوندي ددالم ڤيليهن راي. اورڠ اسلام يڠ تيدق امبيل ڤدولي ڤوليتيك، اكن دڤيمڤين اوليه اورڠ ڤوليتيك يڠ تيدق اكن ڤدوليكن اسلام.

ماري كيت مڽوكوڠ ڤرودوق دان ڤرنياڬان مسلم كران مسلم يڠ كاي اكن ممبريكن منفعة كڤد سلوروه اومت اسلام ملالوءي زكاة، صدقه دان واقف.



KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dakwaan kebanjiran penyokong melebihi kapasiti pada aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Michael Ramalingam berkata badan induk berkenaan sudah berbincang dengan wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berhubung dakwaan itu dianggap mencalarkan reputasi FAM, malah boleh mengancam nyawa penyokong yang membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

“Justeru, FAM mengambil maklum perkara tersebut dan akan memastikan insiden itu tidak akan berulang pada masa akan datang,” katanya seperti dipetik menerusi kenyataan ringkas dalam laman Facebook FAM, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan segelintir netizen di laman sosial mendakwa lebih 88,000 penyokong membanjiri stadium berkenaan walaupun FAM hanya memperuntukkan 80,000 tiket untuk aksi final berkenaan berkesudahan Malaysia dan Vietnam seri 2-2.

Final kedua akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini (15 Disember).

http://www.sinarharian.com.my/mobile/sukan/final-aff-suzuki-kebanjiran-penyokong-disiasat-1.914765


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak kami viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami Klik Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan di media sosial

No comments

Powered by Blogger.