Gaji Mohamed Salah RM1.06 juta seminggu, kemana ia dibelanjakan?


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


MOHAMED SALAH merupakan pemain Liverpool yang menerima gaji termahal dalam sejarah kelab itu buat masa ini.




Pemain sayap Mesir itu dilaporkan menerima gaji £200,000 seminggu (RM1.06 juta) namun tidak pernah lupa asal usulnya seperti pemain bola sepak lain yang sudah kaya.

Menurut laporan yang dikeluarkan BBC sempena anugerah Pemain Terbaik Afrika BBC Sport, bekas pegawai media pasukan antarabangsa Mesir, Inas Mazhar memberitahu, Mohamed Salah tidak lupa asal usulnya dan sering memberi bantuan kepada yang memerlukan.
Di bawah Yayasan Amal Mohamed Salah, 450 keluarga di kampung halamannya di Basyoun menerima bantuan bulanan.

Tambah Inas lagi, pemberian bantuan ini dikendalinya ayahnya dan banyak wang diderma untuk membantu orang yang memerlukan di kampungnya, termasuk yang mahu berkahwin, sakit dan memerlukan dana untuk menjalani pembedahan

Salah juga dilaporkan menderma hampir AS$300,000 kepada kerajaan Mesir untuk membantu negaranya menangani kejatuhan ekonomi tahun lepas.

Selain bantuan wang, Salah juga menjadi duta bagi kempen anti-dadah di Mesir yang dikendalikan Kementerian Solidariti Sosial Mesir, dimana kempen itu menyaksikan peningkatan 400 peratus panggilan telefon untuk menerima bantuan.

Selain itu, video yang dibintangi Salah dalam kempen itu mendapat lebih lapan juta tontonan dalam tempoh tiga hari.

Ini merupakan pengaruh Salah di luar padang dan sudah pasti, Salah akan memenangi anugerah pemain terbaik Afrika kerana pencapaiannya yang mengagumkan di dalam padang.

Sumber : Astro Awani

VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.