Demonstrasi mahasiswa di Padang Kelab Selangor 1974


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,




DEMO DALAM SEJARAH: Demonstrasi mahasiswa di Padang Kelab Selangor, KL (3 Disember 1974)

Pada 3 Disember 1974, jam 9.45 pagi, antara 3,000 hingga 4,000 orang mahasiswa dari berbagai institusi pengajian tinggi tanahair (UM, IKM, ITM, iTK dan UPM) mula berhimpun di Padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka) dengan membawa sepanduk-sepanduk yang menyuarakan tuntutan mereka. Demonstrasi mahasiswa ini bertujuan untuk mendedahkah masalah kemiskinan luar bandar, harga barang yang melambung, inflasi, kejatuhan harga getah dan sebagai penerusan kepada "Perarakan Kelaparan" oleh petani-petani miskin di pekan-pekan Baling, Sik, Selama dan Changloon di Kedah pada bulan November 1974.

Perhimpunan mahasiswa tersebut telah disuraikan oleh FRU dengan tembakan gas pemedih mata. Mahasiswa telah melarikan diri ke Masjid Negara tetapi FRU terus mengejar mereka. FRU telah mengepung 8,000 mahasiswa yang sedang berlindung di Masjid serta melepaskan tembakan-tembakan gas pemedih mata ke arah mereka. Pihak polis dan FRU telah menangkap seramai 1,128 orang pelajar, termasuk 80 orang mahasiswa wanita dan membawa mereka ke balai-balai polis Sentul, Brickfields dan Jalan Bandar. Kesemua mahasiswa yang ditahan telah dihadapkan ke Mahkamah pada keesokan harinya.

Tindakan lanjut yang diambil oleh pemerintah ialah gerakan menangkap pemimpin-pemimpin pelajar, pensyarah-pensyarah dan pemimpin-pemimpin belia. Polis telah memasuki kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan pada pada jam 2:00 pagi hari Ahad 8 Disember 1974. Polis telah menggeledah bilik-bilik asrama, pejabat-pejabat dan lain-lain bangunan Universiti untuk mencari dan menangkap mahasiswa di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Beberapa puluh pemimpin dan aktivis mahasiswa telah ditangkap dalam operasi tersebut.

Beberapa orang pensyarah telah juga ditangkap di bawah ISA. Mereka termasuklah Tengku Shamsul Bahrain, Dr. Syed Hussin Ali dan Gurdial Singh Nijar dari Universiti Malaya. Antara pemimpin-pemimpin belia yang ditangkap ialah Anwar lbrahim, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) yang juga Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Nakha'i Haji Ahmad, Setiausaha Dakwah ABIM, dan Ramli lbrahim Setiausaha Kebajikan ABIM.

Sumber: Majalah Risalah keluaran Disember 1974 dan buku Hassan Karim "With the People: The Malaysian Student Movement 1967-74" (INSAN, 1984) dan Majalah Risalah keluaran Disember 1974.



VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah




Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.