Campak Air Zam-Zam : Pekerja Pos Malaysia digantung kerja


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


KUALA LUMPUR - Kakitangan yang mencampak air zamzam milik Jemaah Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah digantung kerja.

Menurut kenyataan Pos Malaysia Berhad di laman Facebook, pihaknya juga turut memohon maaf atas kejadian terpencil tersebut.

“Kami merujuk kepada video perlakuan kakitangan Pos Aviation yang kasar semasa mengalihkan kotak barangan dari karusel bagasi di KLIA seperti yang dimuat naik di Facebook.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian itu disebabkan kesesakan teruk di bahagian karusel bagasi dan tindakan itu diambil bagi mempercepatkan proses muat turun kotak tersebut,” kata kenyataan itu di sini.

Rabu lalu, satu klip video berdurasi 12 saat tular di media sosial memaparkan kakitangan KLIA sedang mencampakkan air zam zam milik jemaah yang pulang dari menunaikan Umrah mendapat kritikan dan kecaman dari netizen.

Bagaimanapun, tindakan tersebut bukanlah dibuat oleh kakitangan KLIA, sebaliknya dilakukan oleh kakitangan Pos Malaysia Berhad.

-Sinar Harian

Kerja biar tertib lagi ikhlas, nak minum air zam zam pun ada adabnya...


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.