Abang ni sedia kongsi tips nak mula bisness runcit jual produk Muslim


Kepada anda yang ingin mendapatkan senarai produk keluaran Muslim sila >Klik Disini<


Gambar Hiasan

Assalamualaikum. 

Saya tertarik dengan Slogan beli Produk Muslim First, cuma masalah yang selalu berlaku, tak jumpa @ tak tahu cari produk, barang mahal & modal sikit. 

Masalah Pelanggan pula, bila Kedai Muslim tu jual mahal @ takde barang, diorang tak mahu datang. Punca barang mahal sebab stok mahal dibeli dari pihak ke 3 (orang tengah) dan kos overhead tinggi. 

Menyedari masalah di atas, Saya mengajak Tuan Puan yang berminat (dah lama berniaga @ baru) nak mendalami bidang Peruncitan, Koperasi, Belian Program, Kenduri atau belian kuantiti tinggi, supaya kita dapat berkongsi IDEA dan Modal untuk beli barang terus dari Kilang. 

InsyaAllah dengan Pengalaman Saya selama 14 tahun (sejak 2004 - Kedai Komputer Rahimbad Six) dan Kedai Runcit selama 3 bulan ditambah dengan Pengalaman dan Idea Tuan Puan, kita dapat sama-sama meningkatkan Ekonomi Tuan Puan dan yang paling penting Ekonomi Umat Islam. 

Alhamdulillah setakat 3 bulan berniaga (2 bulan secara rasmi), Mini Market Halal Hub berjaya mencapai sasaran Rm30,000++ sebulan (purata Rm1,000++) sehari. Rahsianya, kami ambil direct dari Kilang & jual murah. Nak lagi murah, kena lebih banyak Kuantiti. 

Senarai nama Produk & Kilang Saya dah buat. Tuan Puan boleh tambah senarai Produk jika ada. 

Jazakumullah.. 

*#mencariyanghalalitufardhu*
*#perkasakanprodukmuslim*
*#konsortiumummah*

Boleh Hubungi Saya di 0193793105 , 01111590400

*Abd Rahim Hamzah*
_Pengurus Mini Market Halal Hub_



Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.