52 Kadet PTD gagal, 4 lagi terus hilang kerja...


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



KUALA LUMPUR: Seramai 52 kakitangan kerajaan yang mengikuti kursus khas pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) digugurkan daripada program terbabit.



Sumber memberitahu sebuah laman portal berita, mereka yang ditamatkan termasuk empat pegawai kontrak yang secara automatik kehilangan pekerjaan manakala baki 48 pegawai diarahkan kembali ke jawatan lama mereka dengan segera.

Penamatan kontrak itu berlaku selepas Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menaikkan gred lulus bagi program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA).

“Peserta diberitahu pada Selasa lalu, gred lulus (untuk kursus itu) sudah dinaikkan dari B kepada A-, sebelum mereka masing-masing diberikan surat penamatan pada hari Jumaat serta diminta untuk mengosongkan asrama di INTAN pada hari Ahad.

“Ini dibuat ketika mereka sudah berada pada bulan ketujuh program yang telah bermula pada 16 April,” katanya kepada laman portal berita itu.

Kursus diploma selama 10 bulan itu membabitkan sejumlah 86 peserta.

Menurut sumber, mereka yang ditamatkan dari kursus itu terdiri daripada 31 wanita dan 21 lelaki, lima daripada mereka pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dan 20 pemegang ijazah sarjana.

Difahamkan peserta dimaklumkan pendaftaran mereka sudah ditamatkan setelah menjalani peperiksaan pada awal hari itu.

Sumber lain berkata berkata mereka terkejut dengan keputusan itu kerana hampir menamatkan program berkenaan.

“Sejak permulaan kursus, mereka diberitahu markah lulus ditetapkan pada B. Tetapi sekarang, secara tiba-tiba gred dinaikkan kepada A-, dan tidak lama selepas itu mereka terima surat penamatan mereka.

“Peserta merasakan ini tidak adil kerana ia dinaikkan ketika mereka hampir selesai menjalani program, lebih buruk lagi empat pegawai kontrak, kini tiada kerja,” katanya.

Sementara, Pengarah INTAN, Datuk Suriani Ahmad, yang mengesahkan perkara terbabit berkata peserta berkenaan sudah ditamatkan dari kursus dan ia diputuskan oleh JPA.

Katanya peningkatan gred lulus bagi kursus itu diputuskan secara bersama oleh INTAN dan JPA peserta dijangka mendapat markah lebih tinggi berdasarkan pengalaman kerja tambahan.

“Sebabnya adalah kerana mereka menyertai (DPA) secara lisan. Dalam keadaan biasa, pelantikan PTD dibuat melalui kursus JPA, dan setelah selesai, mereka akan memasuki perkhidmatan Gred 41.

“Bagaimanapun, peserta menyertai secara beransur-ansur dari pelbagai gred termasuk 41, 44, 48, 54 dan bahkan Jusa.

“Oleh kerana mereka istimewa, jangkaan lebih tinggi diberikan kerana mereka yang mempunyai pengalaman bekerja,” katanya.

Suriani juga berkata peserta seharusnya berusaha lebih keras untuk mendapat gred A sejak awal lagi.

“Apabila kami memaklumkan mengenai prestasi mereka dua bulan lalu, kami beritahu yang markah mereka tidak mencapai jangkaan kami.

“Kami beritahu mereka perbaiki diri sejak awal. Keputusan mereka tidak memuaskan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Pelik juga, yang kena kick ni pun bukan sehari dua kerja, jawatan masuk DPA khas bukan cikai punya jawatan tetapi kenapa bila masuk kadet jadi gagal? hmmm... fikir sendiri


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah




Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.