23 Mei 1946: hari kemarahan Melayu Johor menentang Malayan Union


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,




DEMO DALAM SEJARAH: Demonstrasi menentang Malayan Union di Johor Bahru (23 Mei 1946)

Pada bulan Mei 1946, dua orang ahli Parlimen British, Capt. L.D. Gammans (dari Parti Konservatif) dan Lt. Col. Rees Williams (dari Parti Buruh) telah melawat Malaya atas jemputan UMNO untuk melihat sendiri bantahan rakyat yang menentang penubuhan Malayan Union oleh penjajah. 

Bandar pertama yang mereka lawati ialah Johor Bahru pada 23 Mei 1946. Pada hari itu berpuluh ribu warga Johor telah berhimpun di perkarangan Istana Besar Johor untuk menunjukkan bantahan mereka. Gambar di bawah telah di ambil semasa demonstrasi tersebut.

Mereka telah membawa sepanduk-sepanduk protes yang tertulis "Down With Malayan Union", "Are Former Treaties Scrap of Paper?" dan "Malays Are of Hang Tuah Grit, Ready to Sacrifice Body and Spirit".

Dalam sebuah sidang media, Capt. L. D. Gammans telah dilaporkan berkata, "I have had an amazing journey up from Singapore. At every kampong from Johore Bahru to Kuala Lumpur large crowds of Malays, men, women and children, have lined the roads protesting most vigorously against the Malayan Union proposals."

Disebabkan demonstrasi dan bantahan kuat dari rakyat, akhirnya penjajah British telah membatalkan penubuhan Malayan Union yang telah digantikan dengan Federation of Malaya.

Sumber: Buku Ibrahim Mahmood "Sejarah Perjuangan UMNO" (Penerbitan Pustaka Antara, 1981)



VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah




Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.