Universiti wakaf pertama bakal dibina di Kuala Lumpur


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



KUALA LUMPUR: Malaysia bakal mempunyai universiti wakaf pertama seumpamanya di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata bagi merealisasikan hasrat itu, dua kolej iaitu Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) dan Kolej Baitulmal Profesional Kuala Lumpur (KBPKL) kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan digabung membentuk sebuah universiti wakaf.

Beliau berkata, MAIWP sudah mengenalpasti sebidang tanah di sekitar Kuala Lumpur untuk membangunkan universiti berkenaan dalam usaha memperkasakan konsep wakaf di negara ini.

Difahamkan sebidang tanah yang terletak di Kepong dikenalpasti oleh MAIWP untuk membangunkan universiti wakaf.

“Belum ada lagi (universiti wakaf di Malaysia). Model ini ada di Mesir contoh di Universiti Al-Azhar dan Turki. Jadi, kita ambil sebagai model di Malaysia.

“Untuk bangunkan universiti ini, kita sudah ada laluan atau asas dari segi pensijilan dan kepakaran. Kedua-dua kolej dapat pengiktirafan daripada MQA (Agensi Kelayakan Malaysia). Yang tinggal sekarang cuma (kos dan pembinaan) fizikal universiti wakaf itu.

“Sebab sekarang ini kedua-dua kolej ini dibiayai oleh MAIWP masing-masing sebanyak RM25 juta dan RM27 menyaksikan jumlah keseluruhan RM52 juta setahun. Ia adalah jumlah yang tinggi yang dibiayai oleh MAIWP melalui peruntukan zakat fisabilillah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir menyampaikan sijil dan diploma di Majlis Konvokesyen KPBKL yang ke-12 di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi KPBKL, Datuk Razali Shahabudin dan Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL, Sakaria Semela.

Seramai 1,390 graduan diraikan dalam majlis berkenaan yang berlangsung di Dewan Wawasan Menara PGRM.

Terdahulu dalam ucapannya, Fuziah mengajak umat Islam supaya progresif memperkasakan alternatif wakaf sebagai antara langkah memajukan ummah.

Katanya, negara di barat sudah melangkah ke hadapan dengan memartabatkan tabung endownment.

“Universiti Oxford dan Cambridge menerajui dana endowment tertinggi di United Kingdom (UK) dengan masing-masing mempunyai £4,245.9 juta dan £5,890 juta pada 2014.

“Kebanyakan universiti di UK mempunyai tabung endownment yang berbeza pendapatannya.

“Jika ini menjadi kenyataan, maka universiti mampu beroperasi tanpa kenaikan yuran ketara yang dapat menimbulkan kegelisahan dalam kalangan pelajar dan masyarakat sekali gus dapat menangani kenaikan yuran yang ketara ketara sehingga menimbulkan kegelisahan pelajar dan masyarakat,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Admin : Ini sepatutnya perlu ada dalam memperdaya budaya wakaf di Malaysia, bukan sahaja Universiti Wakaf dana wakaf pendidikan umat Islam juga perlu diwujudkan bagi membantu umat Islam mendapat pembiayaan pendidikan secara percuma untuk pengajian tinggi.

Syor menjadikan guru Kafa berjawatan tetap perlu disegerakan... 


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah




Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.