Tidak akan ada tandas khas untuk LGBT di Pahang - Exco


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



KUANTAN - Kerajaan negeri tidak bercadang untuk mewujudkan kemudahan tandas awam khas untuk golongan Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).



Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, tiada sebarang keperluan untuk mewujudkan kemudahan tandas khas untuk golongan itu di negeri ini.

Menurutnya, isu LGBT ditangani dengan pelbagai pendekatan termasuk yang sudah dan sedang dilaksanakan pelbagai pihak termasuk kerajaan dan pbadan bukan kerajaan (NGO).

“Kita melihat tiada sebarang keperluan untuk memperkenalkan kemudahan ini sebaliknya usaha perlu lebih kepada menangani isu LGBT ini melalui program kesedaran dan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Adun Pulau Manis,Datuk Khairuddin Mahmud (BN) yang ingin tahu mengenai keperluan menyediakan kemudahan tandas khas kepada golongan LGBT di Pahang.

Dalam jawapan terhadap soalan dikemukakan Khairuddin mengenai tindakan pihak berwajib bagi membanteras masalah sosial, termasuk LGBT serta isu ‘Mak Nyah’ di bandar Kuantan, Shahaniza berkata, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) sudah menjalankan operasi secara berterusan mengikut Seksyen 33 dan 34 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pahang 2013.

Menurutnya, Jaip sentiasa menjalankan tindakan penguatkuasaan dibantu agensi kerajaan lain dan NGO, bagi membanteras kegiatan tersebut.

“Pelbagai aktiviti dan program kesedaran dan pemulihan dilaksanakan oleh agensi lain termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Persatuan Insaf Pahang.

“Antaranya perlaksanaan program Mukayyam sejak 2011 dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diteruskan sehingga kini,” katanya.       

Sumber : Sinar Harian   

Admin : Tahniah kerajaan negeri Pahang yang enggan tunduk kepada tekanan golongan neo liberal yang memperjuankan agenda jijik LGBT.


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah




Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.