Subjek sejarah makin kurang diminati, ramai generasi muda buta dan tak peduli sejarah

Kalau ada apa-apa cerita atau produk nak dikongsi ke dalam blog ini, terus je pm facebook Kriss Merah <= klik


masa SPM,,aku pelajar terbaik sejarah. Memang minat dengan sejarah... sebab nak tahu kenapa sekarang jadi begini mesti tahu apa yang berlaku waktu dulu.

Malaysia ni ramai peminat sejarah tapi tak ramai yang sanggup terjun ke dunia kajian sejarah, senang cerita ambil bidang sejarah masa kat universiti...

Zaman sekarang, anak muda masuk universiti, diaorang dah ada mindset, nanti keluar apa bidang perkerjaan yang mereka boleh masuk...

ambil sejarah nak jadi apa?

Bagi aku orang yang pakar sejarah banyak kelebihan, sebab orang minat sejarah pandangan mereka takkan sama dengan orang tak faham sejarah bila berkata soal dasar kenegaraan..

ok, ambil contoh isu ketuanan Melayu, orang bodoh dia akan kata ketuanan Melayu dah berakhir, apa guna ketuanan Melayu kalau orang Melayu ramai ambil dadah...tapi orang yang faham sejarah takkan setuju, mereka tahu konteks sebenar ketuanan Melayu... kerana persepektif mereka matang melihat sejarah Melayu di Tanah mereka sendiri sejak ribuan tahun yang lalu, dari situ ketuanan Melayu memang perlu dipertahankan.

Berbalik kepada pekerjaan, selain jadi pensyarah, guru, penulis... pakar sejarah sudah semestinya boleh jadi kurator, boleh masuk sektor pelancongan... orang asing datang sini, diaorang mesti nak tahu sejarah kita... ape nak dibagitahu kalau sejarah pun kau tak minat....

yang dah ada  diploma kalau minat course membaca, ambilah bidang sejarah... yang penting orang minat sejarah, kena berlatih bercakap... orang sekarang makas baca tapi kalau dengar, ok lagi.

ala, ramai yang ambil bidang pentadbiran.. belum tentu majikan nak ambil serap kau masuk dalam admin.... pandai2 la jual skill kau ...

Bila ramai yang tak nak belajar sejarah, itu yang buta sejarah... bila buta sejarah... itu sebab ada yang berani pertikai perkara2 asas dalam perlembagaan... sedihnya anak Melayu hilang rasa sensitiviti untuk menpertahankan asas perlembagaan yang menyentuh hak bangsanya.. sebab anak muda Melayu pun tak minat belajar sejarah bangsanya sendiri

paling bangang ada geng chola mabuk toddy pertikai bangsa Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu.. 


KUALA LUMPUR: Subjek Sejarah yang dikatakan 'dibunuh' secara perlahan-lahan menjadi punca generasi muda kurang mengetahui sejarah Malaysia sehingga ada yang menganggapnya tidak lagi penting.

Sejarawan yang juga Pensyarah Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM), Tan Sri Prof Emeritus Dr Khoo Kay Khim menganggap ia berlaku apabila sistem pengajarannya di sekolah ketika ini tidak lagi menekankan keperluan mempelajari sejarah sehingga ramai yang tidak melihat kepentingannya.

Kay Khim berkata, contoh jelas termasuklah senario di Jabatan Sejarah UM sendiri yang sebelum ini pernah menampung kemasukan hingga 300 pelajar setiap kali pengambilan baharu dibuat tetapi jumlah itu kini hanya seramai 18 pelajar.

"Peraturan yang dibuat oleh universiti kadang-kala menyekat minat pelajar untuk memilih bidang itu, manakala di sekolah pula, guru yang mengajar subjek Sejarah tidak datang dari latar belakang pendidikan berkenaan.

"Mereka juga belajar hanya dari buku teks dan menghafaz untuk lulus periksa," katanya pada forum When the Three Rivers Meet: A People History of Kuala Lumpur pada Kuala Lumpur Literary Festival (KLLF) 2016 di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengasas Pusaka, Eddin Khoo.

Mengenai sikap masyarakat di negara ini terhadap sejarah, Kay Khim berkata, mereka tidak perlu takut dengan sejarah kerana ia memberitahu tentang kebenaran dan bukan bersifat sentimental.

"Malaysia bertuah kerana sejarah kita ditulis dalam pelbagai bahasa. Misalnya ketika Perang Dunia Pertama, ekonomi negara dikawal oleh Jerman dan banyak sumber sejarah ditulis dalam bahasa itu sebelum negara ini diperintah Jepun.

"Terdapat juga sumber sejarah Malaysia di Thailand, Lisbon, Portugal; Taipei, Taiwan dan London. Bagaimanapun, apa yang penting kita mempelajari bahasa asing berkenaan dalam usaha untuk mencari sejarah itu," katanya.

Kay Khim berkata, beliau menyedari beberapa tahun kebelakangan ini pandangan beliau kerap menjadi kontroversi tetapi perkara yang lebih utama adalah pandangan itu datang dari fakta yang diperoleh menerusi penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun.

"Oleh itu saya pernah menyebut, negara ini tidak pernah dijajah British sebaliknya untuk memulihara apa yang ada berbanding dengan dasar yang mereka perkenalkan di India.

"British juga memberi pendidikan Inggeris kepada sebahagian orang Melayu atau Malaya untuk membantu mentadbir negara ini. Ketika Jepun menjajah, mereka menggunakan tenaga kumpulan ini untuk mentadbir pula," katanya.


SESUATU BANGSA AKAN DIBUNUH
APABILA SEJARAHNYA DIPADAM...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.