Siapakah Hamid Tuah dan kenapa dia dilabel sebagai "rebel"?


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



Hamid Tuah merupakan seorang petani dan seorang pejuang peneroka bandar yang telah berkali-kali keluar masuk penjara sejak tahun 1961 kerana perjuangan beliau.




Ini jawapan Hamid Tuah ketika ditanya mengenai perjuangannya:

"Saya terlibat dalam meneroka tanah apabila ahli-ahli politik yang menang pilihanraya enggan memberikan tempat tinggal kepada rakyat yang tidak berapa baik nasibnya. Sebelum pilihanraya mereka berjanji untuk menolong kami yang di bawah. Apabila berjaya mereka lupa segala-galanya."

"Oleh sebab itu, saya mula membuka tanah pada tiap-tiap 31 Ogos mulai 1955 untuk rakyat, seperti di Batu Lima, Jalan Banting, Sungai Sirih, Teluk Gong, Subang dan Sabak Bernam."

Walaupun dilabel sebagai "rebel", namun perjuangan Hamid Tuah bersama-sama dengan perjuangan kaum peneroka bandar telah menjadi inspirasi kepada kebangkitan gerakan mahasiswa era '60-an dan '70-an.

Sumber: Majalah Nadi Insan, Oktober 1982 & Ahkbar The Straits Times

VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.